Bajet alternatif Pakatan ibarat poket kosong, kata Mahathir

KUALA LUMPUR, 4 Okt — “Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada.” Itu merupakan jawapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat yang diumumkan hari ini.

Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan tersebut sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.

“(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja,” kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 di sini Selasa.

“Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya),” katanya dipetik Bernama Online.

“Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah,” kata Dr Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan.

1 comment

Unknown said...

mahatir pun banyak berjanji tapi tak tepati janji, padahal ada duit. dia inilah yang merosakkan sistem di malaysia sejak sekian lama jadi PM.

Powered by Blogger.