Budaya Menulis Kalangan Pemimpin PAS Hambar?
Oleh Zahiruddin Zabidi
SEBAGAI editor dan penulis buku, menjadi kelaziman bagi saya berkunjung ke mana-mana kedai buku. Dari kedai buku kecil hinggalah kepada rangkaian kedai buku gergasi seperti MPH dan POPULAR. Bagi para pencinta buku, berkunjung ke kedai buku samalah perasaan terujanya dengan para wanita atau isteri yang melihat jualan murah di gedung membeli-belah, sukar dinyatakan! Bagaikan ada adrenalin khas yang entah dari mana menguasai waras akal dan jiwa lantas mendorong diri ke sana.
Kebelakangan ini apabila saya berkunjung ke rangkaian kedai buku besar khususnya, ada satu fenomena yang mungkin jarang kita lihat sebelum ini. Saya mendapati buku-buku tulisan tokoh-tokoh parti politik seteru kerajaan semakin membanjiri rak-rak khususnya pada ruang politik, sosial dan kebudayaan. Namun hakikatnya, majoriti buku-buku tersebut adalah tulisan tokoh-tokoh Pakatan Rakyat selain PAS!
Sebagai seorang penulis dan penyokong tegar PAS, saya amat terkilan dengan fenomena ini. Ianya seakan menggambarkan budaya penulisan, budaya intelektual tidak berakar umbi dan sinonim dengan PAS. Meskipun begitu, kita masih boleh tersenyum dan berbangga dengan beberapa orang tokoh muda dan lama PAS yang tekal dan prolifik dalam penulisan dan terbukti buku-buku mereka banyak terdapat di kedai buku agama (biasanya banyak buku berkaitan dakwah dan PAS) termasuk rangkaian kedai buku utama.
Antara penulis yang masih prolifik sehingga hari ini adalah Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sendiri dengan lahirnya buku mini terbarunya mengenai penerangan konsep Negara Berkebajikan selain jujukan buku politik Islam terbitan PTS Publications & Distributin Sdn Bhd. Tokoh pemuda PAS yang juga pemilik syarikat penerbitan Jundi Resources, Ustaz Riduan Md Noor juga antara yang wajar dipuji. Selain daripada konsisten dalam penulisan, beliau juga sentiasa bersedia menerbitkan bahan-bahan daripada tokoh-tokoh parti bagi disebarkan. Malah bukan sahaja buku, terbaru beliau melalui Dewan Pemuda Pas Pusat menerbitkan pula majalah haraki dengan harga yang sangat berpatutan bagi tujuan pengembangan fikrah secara menyeluruh kepada generasi baru PAS.
YB Syaari Sungib dalam kesibukan menguruskan kawasan dan bersidang di dalam Dewan Undangan Rakyat masih sempat menerbitkan dua buah karya terbarunya berjudul Sengsara Kem Kemunting terbitan Strategic Information and Research Development Centre dan Islam Demokrasi dan Hak Asasi Manusia diterbitkan Kemilau Publika Sdn Bhd. Dr Mujahid Yusuf Rawa juga sempat mencuri perhatian daripada ahli PAS dan masyarakat umum Malaysia dengan kelahiran buku Menuju Pas Baru iaitu estrak daripada tesis PhD beliau yang kemudian menjadi perbahasan agak hangat.
Terima kasih kepada mereka
Tidak saya nafikan bahawa ada usaha daripada para wartawan keluarga besar Harakah dan tokoh-tokoh penulis yang pro PAS seperti Ahmad Lutfi Othman yang membukukan tulisan-tulisan beliau pada ruangan Catatan Hujung dalam Harakah, lantas diterbitkan oleh Kemilau Publika Sdn Bhd. Selain daripada itu, akan diterbitkan juga buku berjudul Travelog Wartawan Islam tulisan Roslan Hamid, Ustaz Zainudin Hashim juga mengumpulkan kembali tulisan beliau dalam Harakah dan diterbitkan oleh syarikat yang sama dengan tajuk Allah is Calling.
Sebelum itu Siasah melalui penulis vateran yang juga bos besarnya, Mohd Sayuti Omar pernah mengeluarkan sejujuk buku hasil daripada kompilasi artikel-artikel penulis dan wartawan politik yang mapan daripada tabloid tersebut. Tulisan-tulisan daripada almarhum Rustam A. Sani. Haris Zalkapli, Ismail Hashim dan beberapa nama lagi berjaya diterbitkan. Kita sangat berterima kasih kepada para penulis dan wartawan yang sentiasa sudi mencurahkan tenaga dan kreativiti sekalipun tidak mendatangkan pulangan yang besar dari sudut royalti dan bayaran. Namun sumbangan mereka ini kepada generasi mendatang bagi memahami ranjau perjuangan PAS dari pelbagai perspektif politik amat besar. Semoga ia menjadi kebajikan di sisi Allah.
Kita masih menantikan tulisan-tulisan artikel, rencana dalam Harakah oleh tokoh-tokoh seperti Dinsman, Pak Shukur Harun, H Fansuri, Subky Latif, Mat Sabu, Zul Yahya, Hanipa Maidin dan ramai lagi agar dibukukan. Tulisan-tulisan ini melalui lidah rasmi PAS iaitu Harakah bukan sahaja akan menjadi aset malah merupakan data-data sejarah PAS yang bakal ditelaah dan dirujuk oleh masyarakat masa depan.
Harapan kepada para pemimpin
Salah satu genre yang sangat penting dalam sejarah adalah biografi, autobiografi dan memoir. Jujurnya PAS dilihat tidak menitikberatkan hal ini, sehinggakan para pemimpin utama PAS meninggal seorang demi seorang tanpa sempat dirakamkan segala pengalaman, onak duri perjuangan, pahit manis mereka bersama PAS serta harapan mereka bagi dijadikan sumber primer kepada seluruh ahli PAS malah pengkaji bersifat akademik di universiti-universiti dalam dan luar negara.
Mereka yang menulis atau mengkaji menggunakan sumber-sumber sekunder, daripada pandangan dan rakaman orang terdekat mereka seperti isteri dan anak-anak masih lagi tidak dapat menyamai sumber daripada batang tubuh pemimpin itu sendiri ketika mereka masih hidup. Benarlah ada pemimpin yang beranggapan penulisan sebegini semacam menjual diri, terpaksa menceritakan kehebatan diri sendiri dan dikahuatiri mendatangkan unsur riak dan ujub. Namun, mereka juga perlu ingat bahawa, tanpa rekod-rekod ini bagi dijadikan rujukan pada masa hadapan ianya boleh dianggap satu’dosa’ politik yang lebih besar kepada perjuangan dan generasi yang akan meneruskan kesinambungan perjuangan parti.
Betapa kita terkilan dengan pulangnya ‘Kamus PAS’, Ustaz Hasan Syukri ke alam abadi tanpa sempat dirakam perjalanan dan sejarah penglibatan beliau dalam PAS melalui beliau sendiri. Begitu juga dengan tiada rekod rasmi daripada mulut mantan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Fadzil Noor dalam bentuk buku, malah ramai sudah tokoh yang turut pulang selamanya kepada Allah bersama pengalaman dan sejarah perjuangan mereka yang tidak ternilai itu. Ada beberapa buku yang membicarakan mengenai mereka, namun ianya tidak semahal catatan mereka atau daripada mereka sendiri.
Saya menyeru semua pemimpin PAS daripada peringkat tertinggi hinggalah ke peringkat cawangan agar merekod dan menulis kembali kisah kehidupan mereka dalam bentuk biografi atau travelog agar dapat diperwariskan kepada kami. Jikapun mereka sendiri tidak mampu, maka wajarlah PAS melalui satu daripada lujnahnya menubuhkan pasukan penulis yang bertanggungjawab menemu-ramah dan merekod dalam bentuk video biografi setiap pimpinan dan tokoh kemudian ditulis pula dalam bentuk buku. Mereka hanya perlu pastikan para tokoh ini bercerita sambil pasukan inilah yang akan merakam, mencatat kemudian menulisnya. Saya yakin Dinsman sangat setuju dan berpengalaman dalam menguruskan hal ini.
Jujurnya saya sangat cemburu kepada pimpinan DAP yang sangat prolifik dalam penulisan dan kebanyakan mereka sudah mempunyai karya sendiri yang sedang beredar dalam kalangan masyarakat melalui toko-toko buku seluruh negara. Terbaru Lim Kit Siang menerbitkan sebuah buku bertajuk The Right To Differ yang merupakan biografi perjuangan politik beliau sendiri. Justeru, saya kira kita wajar meneladani budayan kepenulisan dalam DAP yang tidak kering daripada penghasilan buku-buku respon dan analisis kepada politik, sosial, ekonomi dan budaya.
Antara lain, saya bimbang sejarah, pemikiran dan ijtihad para pimpinan ini terlelap dek zaman sebagaimana hilangnya ijtihad-ijtihad imam besar fiqah seperti Imam Al-Auzaie dan Imam Daud Zahiri sehingga menimbulkan kesukaran bagi dijadikan rujukan dan iktibar kepada generasi mendatang.
* Rencana ini sudah diterbitkan dalam ruangan Sastera & Budaya, Haraka, edisi Isnin 3 Oktober 2010 dan edisi Jumaat 7 Oktober 2011. Sebarang cuplikan perlu dikreditkan kepada Harakah.

No comments
Post a Comment