Guan Eng kecam ‘pembohongan biadab’ pro-Umno ganggu anak lelakinya
Oleh Clara Chooi
KUALA LUMPUR, 18 Okt — Lim Guan Eng berkata keluargannya kesal dengan “pembohongan biadab” dibawa terhadap anak lelakinya oleh “pihak-pihak kejam yang pro-Umno” sambil merujuk kepada Khairy Jamaluddin dan beberapa pemimpin parti itu yang turut menyebarkan dakwaan dengan komen sinis menerusi blog dan media sosial sejak beberapa hari lalu.
“Saya dan keluarga saya kesal dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita terhadap anak lelaki saya yang kecil adalah sesuatu yang kejam dan keji. Umno seharusnya bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan kehidupan anak saya dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita dalam usaha mahu memusnahkan saya daripada politik,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Dalam kenyataan menggunakan nada yang keras, Ketua Menteri Pulau Pinang ini berkata anaknya terganggu dengan dakwaan disiarkan oleh blog-blog pro-Umno dan tidak hadir di sekolah sejak beberapa hari lalu.
“Saya menggesa pihak-pihak pro-Umno yang kejam jangan mengganggu anak-anak saya yang kecil. Jika anda mahu menghabiskan saya, buat yang terburuk ke atas saya, biarkan anak-anak saya yang kecil,” katanya lagi.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menggesa kepimpinan Umno mengambil tindakan ke atas ahli-ahli partinya yang didapati menyebarkan khabar angin.
Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan susulan ke atas pihak-pihak berkenaan.
“Buat masa sekarang, saya dan isteri saya sedang berusaha untuk memulihkan anak kecil saya dan berdoa agar dia dapat kembali pulih daripada gangguan disebabkan oleh pihak-pihak kejam pro-Umno ini,” katanya lagi.

No comments
Post a Comment