Ibrahim Ali Komen Isu Gambar Tidur Berdengkur Yang Dirakam Semalam Tersebar
Semalam pihak kami ada menyiarkan gambar abang perkasa tidur macam dalam bilik kat rumah di dewan parlimen. Apa dalam kepala hotak Ibrahim Ali ingat rakyat saja-saja hantar demo masuk dalam dewan semata-mata layan tidur?
Petang tadi dikhabarkan abang perkasa ni mengulas isu dia tidur dalam parlimen.
Antara komen nya jika dapat pihak kami tangkap ialah:
"Aku tidur 2 minit anda semua nak kecoh. Aku tahu ni semua kerja pembangkang. Kenapalah anda takut sangat dengan Mr Perkasa ni"
Rileks abang Brehim, insya allah ni kali terakhir mu dapat masuk dewan. lain kali nak merasa mu jangan harap rakyat nak bagi!
Rakyat pasir mas dah meluat dan benci dengan gelagat samseng bodoh bangang mu!
Kemaskini:
Setelah gambarnya tertidur semasa Dewan Rakyat bersidang semalam disebarkan dalam Internet, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) hari ini menjelaskan bahawa beliau terlelap seketika akibat mengambil ubat disebabkan demam dan tidak sihat.
"Saya tertidur dua tiga minit sahaja tapi gambar itu tersiar di seluruh negara seolah-olah saya ini selalu tidur di Dewan Rakyat.
"Punyalah tidak ada modal untuk menyerang saya dan begitu marah dengan PERKASA (yang dipimpinnya), saya tertidur dua tiga minit pun mahu diambil gambar," katanya dalam sidang dewan itu hari ini.
Ibrahim yang membangkitkan perkara itu ketika membahaskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Pos 2011, berkata beliau kasihan dengan individu yang cuba menyerangnya menerusi penyebaran gambar itu, sedangkan umum tahu beliau merupakan antara Anggota Parlimen yang aktif.
"Kalau nak burukkan saya pun carilah isu yang munasabah, tetapi apa pun serangan, ini merupakan penghormatan kepada saya," katanya sambil tertawa.
Perbuatan mengambil gambar Ibrahim itu mendapat perhatian Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, yang berkata ianya adalah satu kesalahan.
- Bernama
1 comment
nak tidur, tidurlah mata, jangan dikenang kamera yang jauh, nak tidur, tidulah him oi, jangan difikir komentar yang ada. tidur kejap je, sebab ucapan najib tu membosankan, penuh angka dan juta-juta je, mana tak nngantuk kan?
Post a Comment