Kenyataan Media Berkaitan Isu Desakan MB Selangor Letak Jawatan
MENTERI BESAR TERUSKAN REFORMASI PENTADBIRAN TELUS DAN BERTANGGUNGJAWAB
Saya telah didatangi beberapa panggilan telefon oleh para wartawan bagi mendapatkan komen tentang isu yang di bangkitkan oleh laman web nyamuk dan di angkat oleh Malaysiakini yakni isu terdapatnya usaha-usaha untuk menyingkirkan YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Biasanyanya saya tidak melayan berita sebegini apatah lagi oleh laman web yang tidak dikenali ini. Tambahan pula, isu ini bukan isu baharu dan bukan lagi menjadi rahsia besar kepada parti.
Apabila PR memenangi PRU12 yang lalu kita juga mewarisi pentadbiran Selangor yang ditadbir UMNO selama lebih 50 tahun lamanya. Polisi, budaya kerja dan corak pemerintahan telah sebati dan berakar umbi. Selama 4 tahun ini kita telah berusaha keras untuk mengubah dan melakukan reformasi dalam segenap bentuk pentadbiran di dalam kerajaan hatta syarikat kaitan kerajaan (GLC).
Usaha keras yang dilakukan YAB Dato MB akhirnya membuktikan kepada rakyat Selangor bahawa negeri termaju di Malaysia ini boleh ditadbir secara telus, tanpa rasuah, kronisme, pelobi dan orang tengah. YAB MB telah menunjukkan cara pentadbiran yang mengamalkan prinsip “ Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa.”
Saya mengakui terdapat sesetengah pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR) yang tidak biasa dengan cara ini hingga ada yang mengatakan beliau mentadbir negeri Selangor seperti menguruskan sebuah syarikat korporat. Golongan ini sangat kecil jumlahnya namun bersuara agak lantang mungkin kerana kedudukan mereka di dalam parti dan mungkin juga di dalam masyarakat.
Pada saya, korporat atau tidak, rakyat mahukan pentadbiran yang berlandaskan ketelusan, kebertanggungjawab, bebas rasuah dan adil yang tidak pernah dipraktikkan Barisan Nasional (BN) sepanjang memerintah Negeri Selangor. Justeru ia telah membawa bencana besar kepada BN pada pilihan raya umum 2008.
Menyentuh soal memorandum, sememangnya saya ada mendengar mengenainya tetapi sekadar cakap-cakap dari pihak ketiga kerana YAB MB tidak pernah menunjukkannya kepada saya. Justeru, saya berani mengatakan dakwaan yang dibuat lama web tersebut hanyalah tuduhan tidak berasas dan mempunyai agenda tersendiri.
Sebagai Setiausaha Poltik, sudah pasti saya akan pertahankan kedudukan MB jika beliau diserang oleh mana-mana pihak; lawan mahupun kawan. Mempertahankan seorang pemimpin yang baik, bersih, telus serta komited terhadap kehendak rakyat adalah ibadah. Mana mungkin laman web picisan tersebut memanggil saya sebagai dalang sedang seorang dalang adalah merujuk kepada mereka yang ingin menjatuhkan seseorang pemimpin bukan mempertahankannya. Saya tidak dapat mengelak dari berasa bangga kedudukan peranan saya seperti yang disebut laman web tersebut.
Pada hemat saya, isu ini adalah salah satu cara UMNO untuk mengekang lonjakan populariti YAB MB yang mutakhir ini begitu memberangsangkan, mengatasi pimpinan mereka mahupun pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. (Saya lampirkan sebahagian hasil kajian oleh UMR Research). Blog yang diterajui bekas Pengurus Besar CCSB (anak syarikat kerajaan negeri) yang ditamatkan kontrak Jun lalu digunakan untuk melaksanakan perbuatan hina ini. Dari maklumat yang kita terima laman web tunggangan UMNO ini juga ditubuhkan khas untuk mempertahankan Dato Seri Najib yang kini dikatakan mendapat tentangan terang-terangan dari Timbalannya Tan Sri Muhyidin.
Menuduh bahawa program yang dilaksanakan kerajaan Selangor sebagai remeh dan hanya untuk populariti Dato MB adalah tindakan terdesak puak ini. Rakyat mahukan program kebajikan dan nikmat ini tidak pernah dirasai di bawah BN.
Kita telah membelanjakan lebih RM500 juta untuk program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan setakat Ogos 2011 seramai 1,181,109 rakyat Selangor telah menikmati hasil program-program yang kita laksanakan. Bantuan-bantuan ini diturunkan ke pejabat DUN untuk memastikan wakil rakyat dapat berhubung terus dengan pengundi di kawasan mereka.
Justeru, wakil rakyat juga meraih populariti dari program kerajaan kecualilah bagi wakil rakyat yang ‘segan’ dan ‘banyak mengelat’ dari turun padang bagi menyelesaikan masalah rakyat.
Rakyat Selangor bijak membuat penilaian. Mereka mahukan pemimpin yang pandai mentadbir negeri, kuat bekerja serta ikhlas memperjuangkan hak mereka. Era pemimpin berpolitik dalam pentadbiran dan membuat keputusan telah berlalu.
Justeru, dalam tempoh kurang lima tahun, Menteri Besar telah menambah simpanan rezab kepada RM1.1 bilion malah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menanggung kerugian sejak ditubuhkan, buat pertama kali dalam sejarah, tahun ini telah mencatatkan keuntungan RM11 juta.
Jika tiada pemimpin yang berpegang kuat pada prinsip, masih mengamalkan gaya politik UMNO, amalan kronisme, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mampu mencapai kejayaan ini. Ketegasan dalam menghapuskan kumpulan rentier, orang tengah dan pelobi barang pasti satu tekanan kepada ahli politik kerana telah menjadi kebiasaan mereka beraktiviti sedemikian. Menukar kebiasaan itulah yang kami di pejabat Dato’ MB ini kenalpasti sebagai intipati sebenar reformasi.
FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KPD DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

1 comment
Adun-adun yg protes nie bukannye ape... mereka dan kroni susah nak dapat projek... tegas sgt MB kita nie....
Korang ingat nie Bend ke.....
Adun-adun yg byk hal nie kasi tukar jer...PRU13.. bukannye MB.....
Post a Comment