Pakatan Rakyat Akan Menang Besar Di Pulau Pinang

Najib: Umno tidak akan tuntut teraju negeri jika BN rampas balik Pulau Pinang

Oleh Yow Hong Chieh


KUALA LUMPUR, 16 Okt — Datuk Seri Najib Razak memberi Gerakan jaminan bahawa Umno tidak akan sama sekali menuntut tampuk kepimpinan Pualu Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) merampas balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

“Umno tidak akan menuntut kepimpinan Pulau Pinang. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengerusi BN berkata Gerakan mesti bekerja keras untuk mendapatkan negeri itu daripada DAP dan bersedia untuk membuat pengubahsuaian kepada sistem peruntukan kerusi demi perikatan yang lebih kukuh.

“Setiap daripada kita mesti menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukan menjadi sebahagian daripada masalah,” kata beliau.

Najib yang juga Presiden Umno berkata beliau telah membincangkan perkara ini dengan Umno Pulau Pinang dan kepimpinan parti negeri itu telah bersetuju bahawa ia tidak akan menuntut kepimpinan kerusi ketua menteri.

Ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Najib berkata, BN kini meneliti butiran perubahan-perubahan dalam soal peruntukan kerusi, tetapi menekankan bahawa ia akan membabitkan penambahbaikan di sana sini dan bukannya perubahan secara menyeluruh sistem.

“Kami merupakan sebuah keluarga yang besar, jadi akan lebih kompleks apabila hendak membuat keputusan berkaitan sesebuah kawasan,” katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada kepimpinan negeri akan kekal dengan Gerakan, Najib memberitahu, BN masih membincangkan perkara tersebut, tetapi mengulangi Umno akan menuntut kedudukan itu.

Pemimpin Gerakan mengetuai Pulau Pinang selama 39 tahun tetapi negeri itu jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Perkembangan itu membawa kepada gesaan daripada pemimpin-pemimpin Umno pada September tahun lalu agar Gerakan menyerahkan kerusi-kerusi yang ia kalah kepada Umno atas alasan parti teras BN itu mempunyai peluang lebih baik untuk menang.

No comments

Powered by Blogger.