Rosmah Ikut Seta Dalam Perjumpaan Tertutup Sempena Belanjawan 2012 Atas Dasar Potfolio Apa?

Najib tinjau persiapan akhir Belanjawan 2012

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meluangkan masa meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan di sini malam ini.

Dalam lawatan selama kira-kira sejam itu, beliau yang juga Menteri Kewangan turut beramah mesra dengan kakitangan kementerian yang terbabit dalam penyediaan laporan tersebut, selain mengadakan perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan kementerian.

Turut serta, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Bertemakan "Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara", Belanjawan 2012 dijadual dibentangkan oleh beliau di Parlimen pada 4 petang esok.

Ia disifatkan Perdana Menteri sebagai satu belanjawan transformasi untuk semua rakyat Malaysia, selaras dengan prinsip 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. - BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.