Saiful ‘benci’ Anwar, kata bekas rakan universiti

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 4 Okt — Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menyerang kredibiliti Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan rakan dan yang juga bekas pelajar satu universiti berkata, pengadu tidak pernah menganggap Ketua Pembangkang itu sebagai idolanya atau menyokong beliau sebelum pilihan raya umum 2008.

Mohd Najwan Ali, yang kini merupakan pegawai khas di pejabat penasihat ekonomi Selangor berkata, Saiful lazimnya pro-Barisan Nasional ketika berada di universiti, malah melabel Anwar sebagai seorang munafik dan tidak boleh dipercayai.

“Dia (Saiful) membenci Anwar,” kata Najwan.

No comments

Powered by Blogger.