Mufti Terus Bisu Sempena Ramadan?

"

Mengapa mufti-mufti di Malaysia asyik membisu? Sempena Ramadan yang mulia ini, kita berharap mufti-mufti akan melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka. Berkata benarlah sekalipun pahit. Berkata benarlah sekalipun elaun mungkin dipotong. Berkata benarlah sekalipun mungkin dipecat. Sewaktu kecoh dengan kempen fitnah baru-baru ini, rata-rata mufti mengambil pendekatan “syaitan bisu”. Maafkan saya jika ada yang terasa tetapi sempena Ramadan ini, kita mesti muhasabah diri.



Dalam satu kenyataan ringkas berkaitan konsert Avril Lavigne baru-baru ini , Mufti Perlis,Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkannya amat tidak wajar konsert itu diluluskan.

Katanya, konsert tersebut boleh menyumbang kepada unsur-unsur negatif terhadap golongan muda di negara ini. "Amat tidak wajar bagi pihak yang meluluskan konsert Avril Lavigne yang boleh menyumbang kepada unsur-unsur negatif kepada muda-mudi di negara ini.


"Penganjuran konsert ini menunjukkan ketidakprihantinan yang serius terhadap masalah keruntuhan moral yang sedang berlaku dalam negara ini," memetik kenyataannya dalam laman web beliau:drmaza.com.

Antara persoalan yang timbul sekarang ini ialah mengapa mufti-mufti lain membisu. Biasanya, hanya Mufti Perak, Harussani dan Mufti Perlis saja yang bersuara. Mufti lain membisu saja. Waktu kecoh isu murtad pun membisu saja.

Adakah ini golongan ‘syaitan bisu’ yang disebut-sebut oleh Rasullullah?

"


http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=15248

No comments

Powered by Blogger.