ambik la hati rakyat...kami dah muak dengan BN

Lapan strategi menangi semula hati rakyat

11/10/2008 12:40pm

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menggariskan lapan strategi parti, yang tewas teruk pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, untuk memenangi semula hati dan minda rakyat Malaysia.

Beliau berkata, yang pertama ialah perspektif Gerakan Malaysia dan pendekatan bukan perkauman untuk me nganalisis isu utama nasional, merangka kedudukan dasar, mencadangkan penyelesaian yang bersesuaian dan diteri ma dan inisiatif untuk mempromosikan perpaduan nasio nal dan pembinaan negara.

Ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Gerakan Nasional ke-37 di sini hari ini, Koh yang memangku jawatan presiden parti sejak persaraan Tun Dr Lim Keng Yaik lebih setahun lepas berkata, Gerakan akan juga lebih lantang dalam membangkitkan pelbagai isu dan perhatian di peringkat persekutuan dan negeri.

Persidangan perwakilan ini dirasmikan Perdana Mente ri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul lah Ahmad Badawi.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pemimpin parti komponen BN dan diplomat.

“Gerakan akan melakukan dua peranan. Ia akan menja di suara orang ramai dari dalam Barisan Nasional dan menuju kepada pembaharuan BN yang diwakili sebenar oleh semua rakyat Malaysia.

“Gerakan akan juga menjadi parti pembangkang yang konstruktif dan berkesan di negeri di bawah Pakatan Rakyat,” tambah beliau.

– Bernama

No comments

Powered by Blogger.