cerita pak khalid tentang tok guru...

(Dalam Dwibahasa)

The Ole-Ole shopping Complex in Shah Alam suddenly became a buzz with his arrival that evening. People, young and old, Malays and non-Malays, suddenly became excited when this man who was being accompanied by a few youths to his right and to his left, walked past them. His steps were slow but sure, aided by a cane he walked in his familiar white robe and serban. And as he passed, people reached out their hands to welcome him, shake his hands and say welcome. His face was with the usual smile, sweet but solemn, the determined face of a man on a mission.

When he got to the bookstore where he was to officiate the launching of his book, the store owner welcomed him enthusiastically. Holding his hands, leading him respectfully to the chair prepared to seat him. More people gathered. I sat next to him. He flashed me a smile, fleetingly while asking how I was. I shook his hand or ‘salamed’ him to be more correct, and told him I was fine. I looked at him. The years were taking its toll. Small and seemingly frail, but never too tired or too frail to be at the fore-front. He has always been there for me as an inspiration, striving, always striving to bring PAS to be accepted by mainstream society.

I remember my discussion with him, years ago, when my oldest was in his teens, rebellious and problematic. After a meeting of the PAS central committee, I got him on his own and there was just the two of us in this big room. I told him of my predicament and asked him to pray for my son, to make him more obedient, responsible and caring. He smiled and told me he will pray for my son and then he requested that I pray for his! He told me of the problem he was having with his son, which seemed petty compared to mine, but he insisted nonetheless that I should pray for his son.

I was taken a back by his humility. Who was I and who was he. How could my prayer be of any value to him but such is this man, this great man, ever down to earth and seemingly unaware of the esteem which others feel for him.

He gave his talk and signed the copies of the books which the people had bought and passed back to him to sign. The store owner then brought us for drinks at a nearby cafeteria. The people followed and watched. Then, at the first opportunity they came to him, singly or in twos or threes, young and old, Malays and non-Malays, asking to have their photograph taken with their favorite Tok Guru. The escorts who were with him were taken aback. It was unplanned, spontaneous and we were completely unprepared. Young Chinese ladies in their skirts, young men in their T-shirts, all jostling, smiling all wishing to have their photo taken with him. Tok Guru Nik Abdul Aziz just smiled and obliged.

I have never seen the kind of response and respect shown, willingly, in the total absence of any form of coercion, by all races, to one man, as I did that day. Truly, to me, he is a leader loved and respected by all.

*******************************************************************************************************

Pemimpin Yang Disayangi Semua

Suasana kompleks Ole-Ole di Shah Alam tiba-tiba menjadi riuh rendah sebaik tibanya beliau pada petang itu. Orang ramai, yang muda dan tua, melayu dan bukan melayu, tiba-tiba menjadi ceria apabila lelaki ini yang ditemani oleh beberapa orang pemuda di kiri dan di kanannya, berselisihan dengan mereka. Langkah-langkahnya perlahan tetapi penuh yakin. Dengan berbantukan sebatang tongkat, beliau berjalan dengan jubah dan serban putih yang lazim dipakainya. Sambil berselisihan, orang ramai menghulurkan tangan mereka untuk bersalaman dan mengalu-alukan ketibaannya. Wajahnya terukir senyuman yang manis dan tenang. Wajah cekal seorang lelaki yang mendukung satu misi.

Setibanya di kedai buku dimana beliau dijadualkan untuk merasmikan pelancaran buku tulisannya, pemilik kedai tersebut telah menyambut ketibaannya dengan penuh keriangan. Sambil memegang tangannya dan dengan penuh hormat pemilik kedai terus membawa beliau ke tempat duduk yang telah disediakan untuknya. Orang ramai mula berkumpul. Saya mengambil tempat di sebelahnya. Beliau melontarkan senyuman kepada saya, bersalaman sambil bertanyakan khabar. Saya memerhatikan wajahnya. Ya, usia telah meninggalkan kesannya. Bertubuh kecil dan kelihatan lemah, tetapi tetap tidak terlalu tua atau lemah untuk berada di barisan hadapan. Selama ini memang beliau sentiasa menjadi sumber inspirasi saya. Pada saya, beliau telah gigih berjuang selama ini untuk membawa PAS kearah penerimaan masyarakat umum.

Saya teringat akan satu perbincangan di antara kami berdua, bertahun-tahun yang lalu. Pada ketika itu anak sulung saya masih lagi seorang remaja belasan tahun, bermasalah dan sering memberontak. Selepas selesai satu mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, saya berpeluang untuk bersendirian dengannya dan hanya kami berdua sahaja disitu. Saya memberitahunya tentang masalah yang sedang dihadapi dan memohon agar dapat beliau mendoakan anak saya supaya berubah menjadi seorang anak yang taat, bertanggung jawab dan penyayang. Beliau terus tersenyum dan memberitahu saya yang beliau akan mendoakan anak saya dan kemudian meminta saya mendoakan anaknya pula! Beliau memberitahu saya masalah yang sedang dihadapi dengan anaknya. Pada saya masalah tersebut begitu kecil jika dibandingkan dengan masalah yang saya hadapi. Namun demikian beliau tetap meminta saya mendoakan anaknya.

Saya tersentak dengan sikapnya yang sungguh tawaduk. Siapalah saya ini berbanding dengan beliau. Bagaimana mungkin doa saya mempunyai nilai kepadanya, tetapi orang yang hebat ini, yang tidak merasakan dirinya sehebat mana tidak juga ambil endah betapa beliau dikagumi oleh orang lain.

Beliau menyampaikan ucapannya dan menandatangani buku-bukunya yang telah dibeli oleh orang ramai. Pemilik kedai kemudiannya membawa kami minum di kafeteria berhampiran. Orang ramai turut mengikuti kami dan terus memerhatikan saja. Apabila mendapat peluang, mereka mula datang kepadanya. Ada yang berseorangan, berdua, bertiga, yang muda dan yang tua, melayu dan bukan melayu, untuk bergambar dengan Tok Guru yang disanjungi. Pengiring-pengiring Tok Guru jelas terperanjat. Kejadian ini semua tidak dirancang, spontan dan kami semua tidak mendugakannya. Gadis Cina yang memakai skirt, lelaki muda dengan kemeja T mereka, semuanya berpusu-pusu, sambil tersenyum simpul, ingin bergambar dengan beliau. Tok Guru Nik Abdul Aziz hanya tersenyum dan memenuhi permintaan mereka.

Saya tidak pernah menyaksikan respon dan tanda hormat yang di tunjukkan, ikhlas dan bebas sepenuhnya dari apa-apa paksaan, dari semua bangsa terhadap seorang individu sepertimana yang saya saksikan pada hari itu. Sesungguhnya pada saya, beliau ialah seorang pemimpin yang dikasihi dan dihormati oleh semua.

No comments

Powered by Blogger.