menteri uban berbicara....

JOHOR BAHRU: Pengguna boleh menikmati harga runcit minyak petrol serendah RM1.92 seliter seperti dua tahun lalu jika harga minyak mentah di pasaran dunia berada pada AS$72 setong, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata penurunan harga minyak boleh terus berlaku sekiranya bahan bakar itu tidak mendapat permintaan tinggi dari negara maju, selain berlakunya kemelesetan ekonomi dunia.

“Kerajaan menurunkan harga minyak berpandukan fakta dengan mengikut kadar pertukaran ringgit dengan dolar. Contohnya, kalau lihat kepada 2006, ketika itu harga minyak mentah berada pada AS$65 setong dengan harga minyak RM1.92 seliter di Malaysia, semasa dengan kadar pertukaran ringgit berbanding dolar Amerika RM3.80.

“Jadi kalau hendak nikmati semula harga RM1.92 seliter itu, maka harga minyak dunia perlu cecah AS$72 setong. Harga minyak dunia semakin menurun dan penurunan harga boleh berlaku sekiranya kurang permintaan di negara maju seperti Jepun, Eropah dan Amerika,” katanya.

Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata demikian selepas merasmikan bangunan kilang zip, YKK (Malaysia) Sdn Bhd, bernilai RM6.4 juta, di Larkin, dekat sini, hari ini.

Pada 24 September lalu, kerajaan mengumumkan harga petrol dan diesel diturunkan sebanyak 10 sen menjadikan harga minyak petrol jenis RON 97 turun kepada RM2.45 seliter, RON 92 kepada RM2.30 seliter, manakala diesel kepada RM2.40 seliter.

hang nak tunggu rakyat sampai oakai seluar dalam ke? cakap berbelit-belit....masa naik muka hang je kat paper....time minyak turun hang senyap je dok rumah.....pikir guna otak la wei..

No comments

Powered by Blogger.