"Saya tetap kekal Umno" - Tengku Razaleigh
KOTA BHARU: Tengku Razaliegh Hamzah yang menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno menafikan beliau ditawarkan jawatan oleh Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk kerajaan pusat yang baru.
Malah Ahli Parlimen Gua Musang itu juga menafikan yang beliau diminta Pakatan Rakyat menyertai ikatan pembangkang itu.
"Tiada perundingan soal jawatan. Saya adalah ahli Umno seumur hidup. Berapa parti saya boleh jadi ahli (sertai).
"Saya akan kekal dalam Umno, saya akan kekal melainkan Umno memusnahkan orang Melayu," katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.
mstar.
No comments
Post a Comment