tok guru...tolong nasihatkan ibrahim ali~MALAYSIAKINI
"Assalamualaikum,,..
Ibrahim Ali sejak dipilih menjadi MP Pasir Mas tidak habis habis melibatkan dirinya dengan kontraversial sehingga menimbulkan kemarahan rakyat kebanyakan.Akhir akhir ini timbul desakan agar Ibrahim Ali melepaskan kedudukannya sebagai MP kerana kemenangan beliau dalam PRU dulu atas tiket PAS dan PR sedangkan mulut beliau serta tindak tanduk beliau tidak menggambarkan sokongan padu kepada PR.Ibrahim Ali dengan angkuh mengisytiarkan dirinya sebagai MP bebas dan dengan itu bebas bercakap dan bertindak apa saja tanpa sebarang ikatan dan rasa hormat kepada PAS dan PR yang telah memberi laluan kepadanya.
Hari ini Ibrahim Ali meneruskan keceluparannya ketika membahaskan belanjawan 2009 di Parlimen.Ibrahim Ali meletakkan dirinya sebagai "Negarawan" dan dengan kedudukannya sebagai Negarawan beliau begitu lantang mengkritik DSAI ketika ucapan membahaskan belanjawannya.Tanpa adanya rasa hormat kepada DSAI yang juga ketuanya beliau petah menuduh DSAI sebagai tidak sopan dan beradab ketika menjawab soalan dari MP BN.Katanya sebagai "Negarawan" DSAI sepatutnya menunjukkan kesopanan dan beradab ketika melayan soalan soalan dari para MP BN ini.
Satu kritikan yang membina tetapi malangnya Ibrahim Ali sebagai "Negarawan" cukup biadab ketika melemparkan kritikan itu.Tindakannya meniru gaya percakapan dan bahasa DSAI dapat dilihat dengan jelas sebagai tindakan memperlekehkan DSAI.Satu tindakan yang tidak sepatutnya ditunjukkan oleh Negarawan.Ucapannya juga penuh dengan keangkuhan seolah dia sahaja yang betul.satu lagi ciri yang tidak sepatutnya ada pada Negarawan malah ucapan MP Muar nampak lebih beradab daripadanya.
Ibrahim Ali walaupun mengatakan beliau masih terikat dengan PR dalam soal soal dasar tetapi tidak bermakna tidak boleh menegur MP PR dilihat sebagai pengakuan yang rasional dan boleh diterima.Tetapi segala tindakan serta ucapannya tidak selari dengan pengakuannya.Rasa hormat kepada rakan apatah lagi ketuanya sudah tiada.Adab menegur ketua sudah tidak kelihatan dalam tindak tanduknya.Beliau dengan lantang dan angkuh sombong kedengaran banyak kali menyebut ketua pembangkang sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan beretorika semata mata.Suatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Negarawan kepada ketuanya.menuduh ketuanya beretorika serta membangkitkan isu isu lama yang pernah dibangkitkan oleh beliau menunjukkan kepada kita bahawa Ibrahim Ali masih mempunyai ego yang tinggi.Ibrahim Ali sudah lupa siapa yang membawa beliau ke Parlimen.
Ibrahim Ali silap bilamana belaiu memuji MP BN kerana berani menegur kerajaan sedangkan MP PR seolah mengikut telunjuk ketua pembangkang.Kesilapan ini memberi kredit kepada para MP BN sebenarnya dan diskredit kepada PR.sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh anggota PR dari mana mana parti sekalipun termasuk bebas atas semagat setiakawan.Lagipun teguran para MP BN ini ada batasnya tetapi kritikan Ibrahim Ali kepada ketua pembangkang tidak ada hadnya sehingga menyentuh hal hal peribadi yang melibatkan peniruan gaya percakapan ketua pembangkang.Inilah kebiadaban Ibrahim Ali yang terserlah dalam ucapan perbahasannya.
Ibrahim Ali sekali lagi cuba memperlekehkan ketua pembangkang dalam isu ISA.Katanya sudah lama beliau membahaskan isu ISA malah dalam sessi parlimen yang lepas beliau bercakap panjang lebar mengenai ISA dan tidak seorangpun MP yang bangun meminta ISA dihapuskan,tetapi setelah penangkapan terbaru ISA tiba tiba ISA menjadi heboh dan dengan berbagai bagai perkara ditimbulkan.Kita semua tahu isu ISA sekarang ini lantang disuarakan oleh DSAI tetapi kelantangan DSAI untuk menghapuskan ISA bukan sesuatu yang baru.Sejak lama dulu,PAS sudah menyuarakan kekejaman ISA dan meminta akta ini dihapuskan.Begitu juga ada NGO(lupa nama) yang bergerak untuk membebaskan tahanan ISA dan menghapuskan akta tersebut.Beberapa siri tunjuk perasan juga diadakan oleh NGO ini malah mereka memiliki senarai tahanan ISA dan mengikuti perkembangan keluarga tahanan.Kerana itu ketika salah seorang anak tahanan menghembuskan nafas terakhir tanpa kehadiran ayahnya yang ditahan lebih dari 6 tahun di bawah ISA diketahui umum.Begitu juga LKS ketika membahaskan isu ISA bukan sahaja menyebut kes tahanan terbaru malah beliau turut menyebut tahanan tahanan yang masih ditahan.Tidak ada keistimewaan sebenarnya dalam kes ISA terbaru ini.Tetapi Ibrahim Ali cuba menggambarkan kes terbaru ini hanyalah satu mainan politik pihak tertentu sedangkan kes kes lama tidak dihiraukan.Pembohongan fakta yang jelas oleh Ibrahim Ali.
Kini nyata Ibrahim Ali tidak belajar dari pengalamannya dan tidak berterima kasih kepada PAS yang menyelamatkan kerjaya politiknya.Ibrahim Ali juga didengar berkata bahawa seandainya dia mendapat hidayah Allah dia akan menyertai mana mana parti.Benarkah begitu?sedangkan hari ini Ibrahim Ali jelas tidak bersyukur dan merendah diri kerana pertolongan ALLAH yang mengizinkan beliau terus berada di Parlimen menerusi PAS.Ibrahim Ali hanya layak terus jadi katak atau mungkin juga digimon yang menyerupai katak.
Ibrahim Ali gagal mendengar keluhan rakyat sejak PRU lalu dan terus menerus membangkitkan kemarahan rakyat yang menyokong PR dengan sikap egonya.Kelihatan Ibrahim Ali tidak dapat menerima DSAI sebagai ketuanya.Oleh itu sebagai Negarawan dan "Gentleman" Ibrahim Ali sepatutnya mengosongkan kerusinya, bukan terus menerus mengutuk ketuanya secara terbuka dan dilindungi di depan musuh politiknya.Kalau benar Ibrahim Ali nak menegur,maka kita mahu melihat tegurannya dengan cara berhemah,bersopan dan beradab.Sekurang kurangnya belajarlah dari MP muar yang bijak mengatur tegurannya baik kepada kerajaan atau pembangkang.Itupun kalau Ibrahim Ali mahu terus kekal sebagai MP.Kalau Ibrahim Ali merasakan cukup sepenggal beliau menjadi MP maka Ibrahim Ali boleh teruskan sikapnya sekarang.Barang diingat Parlimen pada sessi ini tidak stabil dan boleh dibubarkan bila bila masa.Oleh itu Ibrahim Ali mungkin hanya memendekkan umur MPnya sekiranya Parlimen dibubarkan awal.

2 comments
ORG CAM NI MEMANG X LAYAK JADI MP PR,
TAPI AMAT SESUAI DISUMBAT MASUK PUAK DACING BERAT SEBELAH.MELUAT AKU TENGOK MUKA BARUA X TAU MALU NI.
macam mana tok guru boleh pilih...
dasar katak...ramai orang benci kat dia sebenarnya... atas tkt pas je tu
Post a Comment