ulasan terbaru pak khalid
Saya ucapkan terima kasih kepada yang menyatakan persetujuan mereka dengan apa yang telah saya jelaskan. Ini termasuk tetapi tidak terhad (takut ada yang mengangap dilupai pula) kepada zorotua, kotakata, ian, abdrahim kassim (yg mengaji di Leeds dulu ke?), farrel, shah alam bulan, tokden, irzuhair, cerebrojuice, sinar dcl, shahirmarang, paracetamol dan para anonymous.
Saya secara ikhlas ucapkan terima kasih kepada anakanda Nik Abduh. Sebenarnya kalau dia tak setuju dengan tafsiran ayat yang sepertimana disampaikan oleh khatib tersebut, tak perlu dia jawab. Hanya yang setuju sahaja yang perlu jawab. Kan dalam ‘cabaran’ saya saya sebut;
Tetapi dia respon dan perbahasan bertukar kepada isu lain dan bukan berhubung tafsiran ayat tersebut. Sekarang, kalau dia nak terus respon pun takpe, kalau ada yang perlu saya jelaskan, saya akan cuba ulas balik. Atau, kita jumpa je pada masa akan datang dan kita bincang bersama dengan lebih detail dan terbuka. Namun, berdasarkan artikelnya, jelas dia tahu adanya pertemuan dan rundingan di antara PAS dan UMNO.
Saya meminta maaf sekiranya ada yang terasa ‘penangan’ saya kerana bukan itu niat saya sebenarnya.
Saya ucapkan terima kasih jgua kepada saudara Zahid Yusof yang telah menambahkan ilmu dan kefahaman yang membaca dengan penjelasan2nya dari kitab Fi Zilal. Saya sebut Ibn Kathir beri contoh Hudaibiyyah, beliau sebut Syed Qutb sebut Mithaqul Madinah. Ia memperluaskan dan memantapkan lagi kefahaman kita terhadap maksud ayat berkenaan. Namun, boleh disimpulkan dari penjelasan beliau juga bahawa maksud ayat Al-Anfal 61 tidak mewajibkan bersatu dengan UMNO.
Kalau saudara Zahid masih ingat, konteks perbahasan ini adalah khutbah raya yang saya sebutkan. Di mana dan siapa khatibnya, saudara Zahid boleh cari sendiri. Atau jumpa saya dan saya beritahu tetapi bukan di Blog ini. Saya menunggu juga penjelasan beliau berhubung Ayat 94 Surah An-Nahl. Bukan untuk nak tegakkan tali kapal yang basah, tetapi untuk menambahkan fahamanan semua pihak terhadap kewajipan setia kepada perjanjian, walaupun berhadapan dengan tawaran yang lebih menarik selepas perjanjian dimeterikan. Kecuali dikhianati oleh pihak sana. Ini lebih penting bagi ahli kita memandangkan kita dah ada perjanjian yang sedia ada. Sebelum terlintas pakatan baru, biar kita faham tanggung jawab kita terhadap yang sedia ada.
selanjutnya di sini.....
diharap pimpinan mendapat manfaat daripada perbahasan ini...semuanya untuk kebaikan islam

“Baiklah, sekiranya masih ada yang hendak menegakkan benang yang basah, marilah kita berhujjah secara ilmiah sepuas-puasnya dan panggillah ‘anti-husam’ ke, ‘Roslan SMS dan Adindanya’ ke, ‘songkok putih’ ke atau sesiapa sahaja yang dikehendaki untuk respon pada tulisan saya dibawah ini”Ini sebenarnya bermakna kalau ada yang ingin menegakkan benang yang basah (tak semestinya yang dinamakan tadi) dalam arti kata mempertahankan tafsiran yang dibawa oleh khatib berkenaan, panggillah ‘champion’ yang dia nak untuk membawa hujjahnya. Champion yang dipilih mungkin anti-husam, Roslan SMS dan adindanya, songkok putih atau sesiapa sahaja. Kalau mereka hubungi Nik Abduh untuk menjadi championnya dan Nik Abduh tak setuju dengan tafsiran khatib tersebut, beritahu sahaja pihak yang meminta itu, “Sorilah tapi ana pun tak setuju sebenarnya”. Habis cerita.
Tetapi dia respon dan perbahasan bertukar kepada isu lain dan bukan berhubung tafsiran ayat tersebut. Sekarang, kalau dia nak terus respon pun takpe, kalau ada yang perlu saya jelaskan, saya akan cuba ulas balik. Atau, kita jumpa je pada masa akan datang dan kita bincang bersama dengan lebih detail dan terbuka. Namun, berdasarkan artikelnya, jelas dia tahu adanya pertemuan dan rundingan di antara PAS dan UMNO.
Saya meminta maaf sekiranya ada yang terasa ‘penangan’ saya kerana bukan itu niat saya sebenarnya.
Saya ucapkan terima kasih jgua kepada saudara Zahid Yusof yang telah menambahkan ilmu dan kefahaman yang membaca dengan penjelasan2nya dari kitab Fi Zilal. Saya sebut Ibn Kathir beri contoh Hudaibiyyah, beliau sebut Syed Qutb sebut Mithaqul Madinah. Ia memperluaskan dan memantapkan lagi kefahaman kita terhadap maksud ayat berkenaan. Namun, boleh disimpulkan dari penjelasan beliau juga bahawa maksud ayat Al-Anfal 61 tidak mewajibkan bersatu dengan UMNO.
Kalau saudara Zahid masih ingat, konteks perbahasan ini adalah khutbah raya yang saya sebutkan. Di mana dan siapa khatibnya, saudara Zahid boleh cari sendiri. Atau jumpa saya dan saya beritahu tetapi bukan di Blog ini. Saya menunggu juga penjelasan beliau berhubung Ayat 94 Surah An-Nahl. Bukan untuk nak tegakkan tali kapal yang basah, tetapi untuk menambahkan fahamanan semua pihak terhadap kewajipan setia kepada perjanjian, walaupun berhadapan dengan tawaran yang lebih menarik selepas perjanjian dimeterikan. Kecuali dikhianati oleh pihak sana. Ini lebih penting bagi ahli kita memandangkan kita dah ada perjanjian yang sedia ada. Sebelum terlintas pakatan baru, biar kita faham tanggung jawab kita terhadap yang sedia ada.
selanjutnya di sini.....
diharap pimpinan mendapat manfaat daripada perbahasan ini...semuanya untuk kebaikan islam
No comments
Post a Comment