media perdana kecut perut bila najib beri amaran..
Pilihanraya Kecil: Propaganda Bermula, Media Arus Perdana Mula Putar Belit Fakta Kehadiran Para Penyokong Semasa Pencalonan Pagi Tadi !!
KUALA TRENGGANU - Nampaknya media arus perdana terus menjalankan propaganda untuk memesongkan minda rakyat. Laporan yang tidak tepat tentang kehadiran penyokong semasa pencalonan pilihanraya kecil Kuala Trengganu pagi tadi jelas sekali menunjukkan betapa dangkalnya mereka mengubah fakta sebenar. Kami sempat berada dalam masa yang sama di kedua-dua pihak iaitu kawasan Penyokong BN dan juga Penyokong PAS. Amat jelas sekali laporan media arus perdana siang tadi yang menyatakan bahawa calon BN disertai oleh lebih 10,000 orang penyokong dan calon PAS hanya 8,000 orang penyokong adalah "terpesong" sebenarnya. Kami dapat melihat sendiri bahawa jumlah penyokong PAS lebih dua atau tiga kali ganda daripada penyokong BN. Kami anggarkan penyokong BN hanyalah sekitar 3,000 atau 4,000 orang sahaja yang hadir. Ini berbeza dengan jumlah penyokong PAS yang jauh lebih ramai serta menenggelamkan suara para penyokong BN itu sebenarnya. Inilah yang mereka takutkan sangat.Lantaran itulah, bagi mengurangkan jumlah para penyokong PAS (Pakatan Rakyat) maka pihak polis yang terdiri daripada FRU telah menghalau mereka di kawasan parking Hospital Sultanah Nur Zahirah di hadapan Stadium Negeri lokasi pencalonan tersebut. Mungkin atas arahan pihak atasan yang melihat begitu ramai penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang berada disitu. Sedangkan penyokong BN sendiri atas jalanraya pun mereka tidak penuh, masakan pula ditepi tempat parking itu. Maka itulah pihak polis mengambil langkah demikian untuk membolehkan wartawan media arus perdana mengambil gambar kononnya penyokong Pakatan Rakyat tidak ramai. Walhal sebaliknya yang berlaku. Maka itulah kita tidak hairan media arus perdana mengubah fakta sebenar untuk memenuhi selera puak-puak UMNO dan BN yang kecemasan sekarang ini. Kami juga mendapat maklumat bahawa Timbalan Perdana Menteri, Dato' Najib Razak baru-baru ini telah membuat pertemuan sulit dengan kesemua wartawan dari media arus perdana. Antara amanat yang telah diberikan ialah beliau melarang mana-mana wartawan melaporkan tentang keburukan UMNO dan BN sepanjang pilihanraya kecil Kuala Trengganu ini. Najib juga khabarnya mengugut, jika mana-mana wartawan berbuat demikian maka tindakan tegas akam diambil terhadap wartawan dan akhbar terbabit. Maka itulah kita tidak hairan akhbar arus perdana terpaksa melaporkan kehadiran penyokong BN melebihi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat semasa pencalonan di Stadium Negeri Kuala Trengganu pagi tadi.
[Kami terkadang naik hairan dengan sikap profesionalisme media arus perdana dalam melaporkan berita-berita seperti ini. Mereka sanggup memutar belitkan fakta sedangkan rakyat di Kuala Trengganu melihat apa yang berlaku didepan mata mereka pagi tadi. Justeru itu kami juga amat yakin bahawa selepas ini lebih banyak lagi fakta-fakta yang akan diubah mengikut selera mereka. Apa yang pasti pilihanraya kecil Kuala Trengganu kali ini bakal menyaksikan satu kejutan yang paling buruk serta provokasi yang berterusan bakal dilakukan oleh pihak mereka dalam usaha memastikan kemenangan besar kepada calon BN itu nanti].
http://pahangdaily.blogspot.com/
No comments
Post a Comment