P 36 : lakaran sejarah dan pautan pengalaman.
Oleh notan
"Assalamualaikum,,..
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..
PRK P 36 sudah berlalu dan keputusan rasmi sudah diketahui. Kemenangan calon PAS/PR, YB MAWE cukup bagi kita mengambil pengiktibaran bahawa tiada siapa mampu mengatasi perancangan ALLAH dan sesungguhnya ada lakaran sejarah yang bakal diingati. Kemenangan ini dicapai dalam suasana yang tidak seimbang dan perlawanan yang berat sebelah bak kata pepatah seperti mentimun lawan durian. Mentimun akhirnya menang menewaskan durian seperti kura kura menewaskan arnab. Itulah lakaran sejarah yang berlaku di P 36 dan bakal diingati olih semua petugas PR yang akan menceritakannya kepada anak cucu mereka.
Sejarah juga terpahat apabila buat pertama kalinya Kuala Terengganu menerima tetamu dari keturunan India dan Cina. Kunjungan ini tidak pernah berlaku di mana mana pilihanraya yang lalu tetapi kali ini penduduk Kuala Terengganu pasti mengingati akan sekumpulan anak muda India yang meronda seluruh Kuala Terengganu dengan gendang mereka. Penduduk Kuala Terengganu juga pasti tidak akan lupa dengan kemunculan orang orang cina dan India yang turut sama berkempen dalam keluarga PR.
P 36 menyaksikan perpaduan yang cukup mantap baik antara sesama melayu atau antara melayu, cina dan India. Kemesraan persaudaraan dan perpaduan cukup dirasai di kalangan petugas PR yang datang dari luar Kuala Terengganu dengan petugas tempatan. Petugas petugas ini seolah olah sudah kenal lama dari segi kemesraannya. Sudah tentu bagi petugas yang datang dari luar akan pulang dengan kenangan manis ini sementara petugas tempatan akan menyimpannya hati sanubari masing masing. Satu lagi lakaran sejarah yang tercatat di Kuala Terengganu yang juga bakal menjadi bahan cerita bagi petugas petugas terbabit.
Banyak lagi lakaran sejarah yang sebenarnya dicemburui olih ramai petugas petugas luar sehingga ada yang mengharapkan wakil rakyat BN di tempat mereka turut menerima nasib yang sama dengan bekas MP Kuala Terengganu supaya PRK bakal diadakan di tempat mereka.
Namun disebalik lakaran sejarah ini, Kuala Terengganu juga menggamit kepiluan apabila sebahagian penghuninya yang sepatutnya dikenali sebagai penghuni bandaraya persisiran pantai hidup dalam suasana daif dan serba kekurangan terutama penghuni di kawasan seberang sungai TTI dan Masjid Kristal. Petugas petugas PR yang berkampung di Kuala Terengganu Sempat memberi bantuan sekadar mampu termasuk bantuan membaiki rumah rumah yang uzur dan sedikit sumbangan yang termampu.
Di sinilah terpautnya sebuah pengalaman yang dipelajari olih para petugas sekelian. Keadaan daif dan uzur sebahagian penghuni ini menyedarkan kita betapa perubahan kepimpinan sudah tidak bolih dielakkan lagi demi menyelamatkan penghuni bertaraf sebegini bukan sahaja di Kuala Terengganu malah di seluruh negara.
Pautan pengalaman ini seterusnya menjadi ingatan kepada petugas semua bahawa kerja kerja membantu rakyat yang daif tidak harus dihentikan selepas berakhirnya pilihanraya. Untuk itu, satu keinsafan bagi pihak semua petugas adalah perlu bagi memastikan kerja kerja bantuan penduduk yang tidak bernasib baik dan tersisih dari arus pembangunan dapat diteruskan samada sehingga perubahan yang diperjuangkan tercapai atau sesudah perubahan itu berlaku dan kerja kerja bantuan sebegini mesti diluaskan keseluruh negara.
Menghentikan kerja kerja bantuan ini bermakna kita sebagai pendokong PR tidak akan menjadi lebih baik dari UMNO/BN kerana sudah menjadi kebiasaan kepada mereka berjanji ketika pilihanraya dan melupakan segala janji itu sesudah pilihanraya berlalu.
Semuga petugas petugas PR yang berkampung di Kuala Terengganu mendapat pengalaman, pengajaran dan pelajaran yang cukup berguna dan semuga petugas petugas semua tidak menjadi seperti bangau yang menyalahkan ular kerana dirinya kurus.

No comments
Post a Comment