Umno perlu mekanisma untuk berani berubah – Syed Ali
KUALA LUMPUR : Umno memerlukan satu mekanisma untuk berubah secara drastik termasuk berani mengakui kelemahan jika mahu parti itu terus dihormati dan mendapat sokongan rakyat, tegas Ketua Umno Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.
Menurutnya, mengakui kelemahan dan kepincangan parti untuk kesedaran ahli di peringkat akar umbi bukan bermakna sengaja membuka pekung di dada, malah ianya iktibar yang perlu dijadikan peringatan.
“Jika pemimpin Umno masih lagi berpegang kepada sikap lama dan sentiasa menutup kelemahan kerana bimbang akan menjejaskan imej seseorang pemimpin, maka cara sedemikian tidak akan menguntungkan parti,” tegasnya.
Beliau berkata, prestasi Umno berada di tahap paling buruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu, antara lain disebabkan pemimpin parti sentiasa berusaha menyembunyikan kelemahan daripada diketahui rakyat dan tidak mahu mengakui kesilapan.
Menurutnya, kenyataan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kekalahan Umno pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu Sabtu lalu kerana Umno tidak ada daya penarik, perlu dilihat secara positif untuk kebaikan parti.
“Saya tidak nampak pengakuan Muhyiddin itu sebagai sengaja membuka pekung di dada kerana kenyataan beliau itu adalah satu fakta kebenaran dan tidak perlu tunggu untuk dibincangkan dalam mesyuarat secara tertutup,” tegasnya.
Katanya, pemimpin Umno di semua peringkat sepatutnya berrsama-sama berfikir dan berusaha untuk menarik semula rakyat menyokong Umno terutama selepas pilhan raya umum lalu.
Syed Ali berpendapat, pandangan Muhyiddin berhubung kekalahan memalukan Umno di Kuala Terengganu bukanlah satu kritikan kepada mana-mana pemimpin parti tetapi jelas ingatan beliau supaya Umno dan pemimpinnya perlu berubah sejajar dengan kemahuan rakyat.
“Kalau pemimpin Umno dihadkan untuk bersuara, tidak dibenarkan untuk mengakui kelemahan dan masih lagi bersikap menjaga hati seseorang pemimpin yang lain, saya khuatir Umno akan terus disisihkan,” ujarnya.
Sehubungan itu tegas beliau, anggapan Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad bahawa kenyataan Muhyiddin berhubung isu tersebut sebagai memalukan parti adalah tidak tepat.
Katanya, adalah kurang wajar Md. Alwi menyifatkan kenyataan Naib Presiden itu sebagai sengaja membuka pekung di dada berhubung kekalahan Umno di Kuala Terengganu.
Menurut Syed Ali lagi, kritikan dan teguran terbuka akan menyedarkan mana-mana pemimpin supaya lebih berhati-hati pada masa depan dan sentiasa mengambilkira pandangan akar umbi sebelum membuat sesuatu keputusan.

“Kenapa kita tidak mahu belajar daripada pengalaman lalu? Menutup kelemahan supaya tidak diketahui oleh ahli-ahli Umno seolah-olah kita menyorok sesutau kerana ada kepentingan lain,” tegasnya.
No comments
Post a Comment