Zahid Hamidi semakin 'meroyan' di Perak

Oleh ajijoi

" Pegawai Kerajaan Persekutuan dilarang hadir mesyuarat negeri

IPOH: Semua pengarah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dilarang daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri berkuat kuasa serta-merta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hanya pengarah agensi peringkat negeri yang dibenarkan menghadiri mesyuarat negeri, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau pegawai daerah.

"Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pengarah agensi Persekutuan jika mereka menghadiri mesyuarat tersebut," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang merupakan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri bagaimanapun berkata, agensi-agensi seperti Jabatan Pengarain dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan polis dikecualikan daripada larangan itu.

Ahmad Zahid berkata, berkuat kuasa serta-merta juga, agensi-agensi persekutuan hanya akan menerima syor yang dikemukakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

"Jabatan-jabatan dan agensi-agensi persekutuan telah diarahkan supaya hanya menerima borang-borang yang ditandatangani JKKKP," katanya.

Disebabkan Kerajaan Persekutuan hanya mengiktiraf JKKKP, semua syor yang dibuat JKKKP adalah syor yang sah.

"Kita tidak mengiktiraf syor-syor yang dibuat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)," katanya.

Berhubung permohonan biasiswa, Ahmad Zahid berkata, kemasukan ke institusi pengajian tinggi juga memerlukan syor JKKKP.

Ahmad Zahid juga memberitahu, 28 wakil Barisan Nasional yang dipilih di peringkat negeri akan diberikan peruntukan khas untuk membantu masyarakat di kawasan mereka.

"Peruntukan itu akan diberikan jika berlaku insiden-insiden termasuk kebakaran, banjir atau ribut petir di kawasan mereka," katanya yang enggan menyatakan jumlah peruntukan bagi setiap kawasan.


Ajijoi ~ Makin teruk rupanya si zahid hamidi ini setelah pulang daripada mengerjakan haji di tanah suci Mekah. Patutnya semakin insaf dan merendah diri berbakti kepada umat.

Menyedari bahawa hayat Umno telah sampai kepenghujungnya, makin menggila jadinya mereka membuat sesuatu tanpa memperdulikan implikasinya terhadap orang ramai (rakyat).

Setelah gagal menggunakan anak-anak tadika kemas untuk menghentam kerajaan Perak, kini pengarah-pengarah jabatan kerajaan pula yang dipergunakan. Melarang mereka menjalankan tangungjawap kepada masyarakat.

Katanya hanya JKKKP sahaja yang sah manakala JKKK tidak. Ini satu perbuatan yang akan memecah-belahkan masyarakat dan akan merugikan orang-orang Melayu di kampung-kampung itu sendiri. JKK mana yang perlu diikut? Negeri kata yang sah JKKK, menteri pulak kata JKKKP sahaja yang sah. Lama-lama, orang kampung pun pening, telan ubat KK.

Sebagai contoh, apa kata kalau lima negeri Pakatan ini tidak mengiktiraf Perdana Menteri yang ada sekarang kerana jawatan itu bukanlah dipilih oleh rakyat tetapi semata-mata hanya lantikan sahaja dan memilih DS Hj Nizar sebagai Perdana Menteri kepada lima negeri Pakatan.

Ianya sama sahaja sepertimana mereka tidak menerima lantikan JKKK oleh kerajaan negeri dan melantik (secara HARAM) pula JKKKP.

Tindakannya ini bukan sahaja menidakkan kuasa pilihan rakyat malah mencabar kewibawaan kerajaan negeri Perak yang dipilih oleh rakyat pada PRU-12 yang lalu. Akhirnya, orang-orang Melayu yang (Umno dakwa membela mereka) akan menjadi mangsa.

Nampaknya Umno masih belum dapat menerima hakikat dan pengajaran daripada kekalahan mereka didalam pilihanraya umum dan kecil (PRU dan PRK). Angkuh dan sombong mereka masih menebal.

Ini semua hanyalah kerana 'tunjuk kuasa' untuk pemilihan Umno pada bulan Mac ini. Mereka sanggup memperguna dan menyusahkan orang-orang Melayu untuk kepentingan mereka. Dan amat malang sekali kerana orang-orang Melayu masih 'bertuan'kan Umno. "

No comments

Powered by Blogger.