2 lagi Adun PR Perak hampir dirasuah ?? - MALAYSIAKINI


Kes Terkini !
Lagi 'hantu kopek' bawa duit seguni..wakakaka !! Apa lagii..TGNA kata depa nak bagi duit ambikkk...,lompat belum tentu !! Kemudian duit yang dapat tu pi buat jalan tar..kat kampung !

Satu laporan rasuah telah dilakukan oleh ADUN Kuala Kurau, YB.Yunus Jamhari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) manakala ADUN Malim Nawar, Yb. Khesvinder Singh sampai ke perkarangan pejabat suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) sebentar tadi untuk membuat laporan rasuah terhadap pimpinan BN.

Mereka berdua semasa berita ini ditulis masih berada di pejabat SPRM untuk memberi keterangan masing-masing kepada pegawai yang bertugas secara berasingan.

Hadir bersama beliau ialah ADUN Pakatan Rakyat, YB. Drs.Khalil Idham Lim(Titi Serong), YB.Chan Ming Kai(Simpang Pulai), YB.Chang Lih Kang (Teja), YB.Leong Mee Meng (Jalong), YB Sum Cheok Leng (Bercham), YB. Sivasubramaniam(Buntong) dan YB. Ramli Tusin (Gunung Semanggol).

Dalam sidang akhbar sebentar tadi, ADUN Kuala Kurau mendedahkan usaha membeli beliau supaya melompat kepada BN bermula sejak minggu PR menang di Perak sehinggalah sebelum BN merampas kuasa di Perak.

Beliau juga mendedahkan tawaran yang diberikan antaranya dengan sogokan wang dari RM3 juta hingga RM8 juta. Disamping dengan tawaran kompatmen balak dan jawatan Exco Perak.

p/s: lepas ni sahih adun ni hilang punya, hantu kopek on da way....

No comments

Powered by Blogger.