TUJUK PERASAN KAUM UMNO!- MALAYSIAKINI

Ahli-ahli Umno seluruh negara termasuk pertubuhan-pertubuhan satelitnya seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dijangka akan mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh negara membantah tindakan kerajaan hendak menerajang polisi-polisi ekonomi pro-Melayu ke dalam longkang dalam pakej ransangan ekonomi negara yang dijangka diumumkan 10 Mac ini.

Menurut calon Timbalan Presiden Umno yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kabinet telah pun memutuskan untuk melonggarkan peraturan pelaburan asing termasuk keperluan ekuiti bumiputera yang tidak pernah dilaksanakan sepenuhnya.

Peraturan untuk sektor perkhidmatan juga akan dilonggarkan, katanya.

Beberapa aspek dasar ekonomi pro-Melayu juga dilonggarkan terutama dalam sektor pengeluaran di mana milik penuh kini dibenarkan kepada rakyat asing.

Pegangan 30 peratus kepada bumiputera dalam syarikat senaraian awam juga dilonggarkan sejak tahun lalu.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dijangka akan menjadi penggerak utama tunjuk perasaan besar-besaran seluruh negara itu.

Ibrahim yang mengangkat dirinya sebagai seorang yang seorang yang semula jadi lantang sejak menjadi pemimpin pelajar lagi semalam memberi amaran supaya jangan usik beliau dalam soal perjuangan untuk orang Melayu dan negara.

Petikan dari hansard Dewan Rakyat 19/2/2009:
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Bagi pihak Melayu, you have no right.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Hey, you shut up! You shut up! You shut up! Babi!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Awak ingat awak seorang saja Melayu?
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Apa you bercakap macam itu?
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Beri saya laluan!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Beri saya laluan!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kalau kamu berani!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Penakut!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Apa penakut?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Shah Alam...
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: [Menghempaskan songkoknya]

No comments

Powered by Blogger.