ADUN Pelabuhan Klang nafi keluar PKR

MSTAR ONLINE


PETALING JAYA:"Demam spekulasi lompat parti" merebak ke Selangor dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini menafikan yang beliau akan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Bercakap pada sidang media petang ini, Badrul Hisham berkata, beliau akan tetap bersama PKR dan menyokong kepimpinan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengatakan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan kesemua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR negeri itu hari berhubung spekulasi bahawa mereka akan melompat BN.

Khalid, yang juga Pengerusi PKR negeri berkata, beliau ia penting ekoran perkembangan di Perak minggu lalu.

Bagaimanapun kata beliau, pihaknya akan membincangkan isu-isu lain.

Minggu lalu, kerajaan negeri itu telah mengadakan taklimat untuk memperuntukkan dana tahunan RM150,000 kepada kesemua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Selangor.

"Kita akan membincangkan sejauh mana peruntukan bagi ahli-ahli Parlimen dan ADUN boleh digunakan dengan sebaik yang mungkin.

Ketika ditanya mengenai Badrul Hisham yang dikatakan "hilang", Khalid memberitahu, wakil rakyat berkenaan dijangka hadir pada majlis tersebut.

Difahamkan bahawa pengundi-pengundi di kawasan Port Klang telah mengadu tentang ketidakhadiran wakil rakyat dalam banyak majlis dan sukar untuk berhubung dengannya.

No comments

Powered by Blogger.