Amaran tsunami: Gempa 7.5 Richter landa Utara Maluku

JAKARTA: Indonesia mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa berukuran 7.5 Richter menggegarkan Maluku di Sulawesi Utara, awal pagi ini.

Amaran itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Indonesia selepas gempa 7.5 melanda yang berpusat di Pulau Talaud, 323.5 km Selatan General Santos di Kepulauan Mindanao, Filipina.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik Amerika Syarikat bagaimanapun berkata tiada ancaman tsunami berskala besar berlaku berikutan gempa berkenaan.

Katanya, saiz gempa yang agak kuat itu bagaimanapun boleh membawa ancaman tsunami bersifat tempatan saja terutama di sekitar 100km dari pusat gegaran.

Setakat ini tiada laporan segera mengenai kerosakan dan mangsa yang terbabit. - Reuters

No comments

Powered by Blogger.