Rakyat Perak Cabar Najib Ketuai Jentera Pilihanraya BN Di Bukit Gantang

Oleh hermansamsudeen

"101b0df23c81bbc20b4f250cc4ad9f07Jika Pilihanraya Kecil di Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebelum ini jentera BN diketuai oleh Najib, maka untuk Parlimen Bukit Gantang rakyat Perak mencabar beliau untuk turun mengetuai Jentera BN.

Rakyat Perak sudah tidak sabar untuk memberikan kekalahan ketiga buat Najib disana. Najib yang angkuh mempengerusikan Badan Perhubungan Umno wajib datang ke Bukit Gantang untuk membuktikan apa yang beliau buat di Istana Sultan minggu lepas benar-benar pilihan rakyat atau hanya sekadar satu konspirasi Politik.

Najib perlu buktikan bahawa Kerajaan Haram yang beliau tubuhkan ini diterima rakyat, jika beliau gagal di Bukit Gantang beliau wajib meminta Menteri Besar dan Exconya meletakkan jawatan dan mengembalikan kuasa kepada Kerajaan yang dipilih rakyat pada Pilihanraya Umum lalu.

Najib wajib menyahut cabaran ini sebagai membuktikan kesediaan beliau mempengerusikan Umno Perak dan beliau wajib turun berkempen dihadapan rakyat sepanjang sesi kempen Pilihanraya di Bukit Gantang nanti.

No comments

Powered by Blogger.