AMK Kedah terajui blog Bukit Selambau

Dalam memastikan para pengundi mendapat maklumat setempat, Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri Kedah membuka sebuah blog bagi Pilihanraya Kecil Bukit Selambau.

Blog berkenaan, http://n25bukitselambau.blogspot.com/ mula dibuka semalam. Menurut posting pertama yang disiarkan, blog berkenaan akan mengikuti secara rapat perkembangan dan suasa pilihanraya kecil Dun Bukit Selambau.

Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau akan diadakan ekoran perletakan jawatan penyandang kerusi berkenaan yang juga Exco Kerajaan Negeri V Arumugam meletakan jawatan sebagai Adun 9 Februari lepas/

Dun Bukit Selambau mencatatkan jumlah pengundi seramai 34,977 orang dan daripada jumlah itu, seramai 17,607 pengundi adalah Melayu, 9,688 pengundi kaum India, 7,386 pengundi Cina dan 296 pengundi keturunan lain.

Arumugam memperoleh 13,225 undi dan mengalahkan calon BN daripada MIC S. Krishnan yang memperolehi 10,863 undi.

No comments

Powered by Blogger.