Antara penderhakaan UMNO kepada SULTAN - malaysiakini


SEJARAH PENDERHAKAAN UMNO TERHADAP SULTAN

1) Presiden Umno pertama Dato’ Onn Jaafar ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Umno di Butterworth pada 27 Ogos 1949 menderhakai Raja-raja Melayu dengan menuduh raja-raja lebih mementingkan diri daripada menjaga kepentingan orang Melayu. Presiden Umno itu menuduh Sultan Kedah, Tunku Badlishah sebagai ‘kacang lupakan kulit’ dan mengugut untuk mengajak ahli Umno menamatkan pemerintahan beraja.

2) Pada tahun 1974, Menteri Besar Perak Tan Sri Ghazali Jawi (bapa kepada bekas MB Tajul Rosli Ghazali) enggan meletak jawatan sebagai MB walaupun dititahkan oleh Sultan Perak untuk berbuat demikian.

3) Pada tahun 1983 dan 1993, UMNO yang memiliki mandat dua pertiga di Parlimen telah meminda perlembagaan yang membuang kuasa dan kekebalan raja-raja.

4) Pada 1983 UMNO peralatkan semua media pro mereka melancarkan propaganda memburukkan raja-raja, menyerang peribadi serta mengaibkan raja di luar batas perikemanusiaan

5) Pada Jun 1993, Annuar Musa mendakwa Sultan Kelantan tidak layak duduki takhta, seterusnya Annuar Musa dan UMNO Kelantan ‘menabalkan’ Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan.

6) Pada November 1983 UMNO adakan beberapa perhimpunan haram di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka bagi menyatakan sokongan terhadap PM yang mahu membuang kuasa Raja-raja.

7) Kepimpinan UMNO yang ketuai Pak Lah menolak Ahmad Said sebagai MB Terengganu walaupun Ahmad mendapat perkenan Sultan. Penyokong UMNO adakan demonstrasi menghina Sultan Terengganu dengan memapar banner bertulis ‘Kami nak Idris, natang (binatang)’ yang ditujukan terhadap baginda.

No comments

Powered by Blogger.