PPSMI: Samad Said nafi diperalat pembangkang - malaysiakini



KOTA BAHARU: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menafikan dirinya diperalat pembangkang dalam usahanya memperjuang Bahasa Melayu dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau berkata, kehadirannya dalam beberapa siri ceramah pembangkang itu tidak seharusnya disalah anggap oleh masyarakat kerana apa yang penting adalah memperjelas kepada umum isu berkenaan.

"Bagi saya adalah halal untuk saya bercakap mengenai Bahasa Melayu yang saya perjuangkan tidak kira di pentas politik mana sekali pun.


"Umur saya sudah 76 tahun dan sudah sampai masanya saya memperjuangkan bahasa ibunda saya sebelum hilangnya Bahasa Melayu di muka bumi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sembang Pagi Bersama Sasterawan Negara di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Baharu di sini, hari ini.

Kehadiran sasterawan negara itu dalam beberapa siri ceramah pembangkang dalam isu PPSMI sejak kebelakangan ini mengudang rasa tidak senang umum.

Malam ini Samad dijadual berceramah dalam satu majlis anjuran Pas di Padang Perdana di sini bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

No comments

Powered by Blogger.