ANWAR: AKAN BERLAKU SEJARAH UNTUK MALAM INI?

Sejam teman duduk berlabun dgn tok penghulu, 1 jug ayor 'carrot susu' habis dibelasah, sambil sedut ayor sambil berborak, melayan labun dia mengisah hal dan cerita di Ipoh katanya. Kebetulan dia pun baru ajer sampai dari Ipoh kerana menghadiri 'executive Talk' di SUK Ipoh tadi.

" Aku memang tak berkenan dengan wakil-wakil rakyat PR ni, bila time mesyuarat ajer, kalau tempat kita ini, dalam Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah ler, hang boleh nampak YB mana yang ada ilmu, YB mana yang suka tidoq masa mesyuarat, YB mana yg hanya dok hangguk, YB mana yang hanya buleh geleng-geleng, dan YB mana yang dia tau duduk melanggut bodoh ataih kerusi dari mula sampai habih mesyuarat.

Kadang tu apa yg ketua2 jabatan dok cerita dalam mesyuarat, hapah pun depa tak faham. Bila ditanya ada soalan dari YB-YB, semua dok geleng 'no soalan'. Bukan tak der soalan,tapi depa (YB Pakatan Rakyat) ni bodoh sombong, tak tau nak soal apa, tak reti ler tu!

Pada aku, elok sangat kalau tampuk kuasa di Ipoh kembali ke Umno-BN. YB Pakatan memang tak dak 'kaliber' dan 'karisma'. Wow ! dasat betul mukadimah tok penghulu yang totok Umno ni bila tengah 'bengg' lepas kena tapai pulut 3 ketul !

Dengar kisahnya, ada 3 Adun PR akan masuk BN dlm 1-2 hari ini, sumber ini orang kita yg rapat dengan Tajol Rosli yg bagitau ! Kalau betul macamtu, aku memang sokong Perak bertukar tangan kepada Umno !

Adoii..apa punya palat, hi-tea aku petang ni betul-betul bikin kepala jadi 'bengg' ! Tok Penghulu ni tau ka yang dia dok kutuk kaw-kaw YB-YB Pakatan Rakyat, di depan seorang bloggers yang wujud tapi tak nyata ni ! Macam nak cucuk ajer mata tok penghulu Mukim ni dengan mata garpu...cerita yang super 'hot' ni teman akan sambung esok yer kenkawan ! Teman dah nak lelap..letih bebenor hari ni, tapi sebelum tu teman nak dengor juga khabar dibawah yang tidak rasmi ini, bakal terjadi dan boleh bagi 'padan muka' pada tok penghulu yang capui tu..!

Benarkah ? Sidang Media Dato Seri Anwar Ibrahim lewat malam ini akan diadakan mengenai situasi di Perak Dan Pengumuman Paling Gempar 5 Adun BN Perak Sertai Keadilan. Sumber : Keadilan Perak !

Jika berlaku, Kerajaan Perak akan menjadi lebih kukuh dan Umno akan dimalukan sekali lagi !

http://politikbanjar.blogspot.com/



TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAYARI BLOG SAYA!

No comments

Powered by Blogger.