babun penang kecut pe......


SUNGAI NIBONG
- Akibat ketakutan melihat gelombang kebangkitan suara rakyat di seluruh pelusuk negara, mana nampaknya kerajaan terus menjalankan agenda untuk menyekat ceramah-ceramah Pakatan Rakyat. Sebelum ini mereka mengharamkan sebarang ceramah politik di Perak. Kini terbaru malam tadi, ceramah Dato' Husam Musa telah dibatalkan oleh pihak polis.

Ini amatlah memalukan, dan ternyata menunjukkan puak-puak UMNO dan BN semakin tertekan melihat kebangkitan rakyat di mana-mana. Insiden "rampasan kuasa" di Perak baru-baru ini jelas sekali memberi gambaran buruk kepada UMNO dan BN di mata rakyat. Lantaran itu mereka semakin bersemangat untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN yang dilihat kini telah melaksanakan strategi politik jahad ala "mosad" di Israel.

Tindakan menculik, mengugut serta merasuah pemimpin politik "pembangkang" dilihat sebagai satu langkah terdesak Najib Razak sebelum beliau mengambil alih kuasa tidak lama lagi. Ceramah Husam yang sepatutnya diadakan di perkarangan rumah Pak Leh, Sungai Nibong telah dibatalkan oleh pihak polis di saat-saat akhir malam tadi. Ini menyebabkan hampir 2,000 orang ramai yang hadir begitu kecewa dengan tindakan pihak polis itu. Selepas diadakan perbincangan dengan pihak polis, pihak polis bagaimanapun memberi kebenaran untuk mengadakan ceramah didalam rumah dan tanpa menggunakan alat pembesar suara. walau bagaimana sekali pun orang ramai terus membanjiri lokasi terbabit tanpa menghiraukan arahan polis.

Menurut maklumat sejak awal-awal lagi pihak polis, SB dan juga FRU telah ditempatkan dikawasan sekitar lokasi terbabit dengan kekuatan anggota seramai lebih kurang 2 ratus orang, selain itu, lima buah trak FRU termasuk 1 water canon juga ditempatkan dilokasi. lain-lain ialah dua buah black maria dan dua buah land rover pihak PDRM. Apa sudah jadi dengan Malaysia hari ini, semakin hari semakin menzalimi rakyat sendiri yang sebenarnya mempunyai hak untuk berhimpun dan mendengar ceramah pemimpin mereka dalam negara demokrasi ini

No comments

Powered by Blogger.