Berkelahi sampai dibogel kekasih


BULATAN menunjukkan tempat seorang wanita ditemui dalam keadaan bogel dan terlentang di Hotel Sri Terengganu di Kuala Terengganu kelmarin.


KUALA TERENGGANU - Seorang wanita tempatan diaibkan kekasihnya seorang rakyat Perancis apabila dia dibogel sebelum diseret keluar dari sebuah bilik Hotel Sri Terengganu di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, insiden itu berlaku selepas pasangan itu bergaduh di dalam bilik hotel yang didiami lelaki tersebut.

"Petang Ahad lalu pasangan itu telah mula bergaduh tetapi pergaduhan itu berlaku di hadapan bilik hotel yang didiami wanita itu iaitu Hotel Bunga Raya di Jalan Banggol.

"Semasa bergaduh wanita berusia 47 tahun itu terpaksa meminta bantuan polis kerana tidak tahan dengan sikap kekasihnya yang berusia 49 tahun,'' kata beliau.

Menurutnya, anggota polis yang datang ke Hotel Bunga Raya dapat menyuraikan pergaduhan itu tetapi tiada laporan dibuat kerana tiada yang cedera.

Bagaimanapun, Manoharan memberitahu, pada pukul 9.30 malam kelmarin, lelaki yang datang sebagai pelancong ke negeri ini dikatakan telah menghubungi wanita berkenaan kononnya bagi membuat rundingan mengenai masalah mereka.

Katanya, wanita yang berasal dari Kuantan itu telah pergi ke bilik hotel lelaki itu yang terletak tidak jauh dari hotel yang didiaminya pada pukul 2.30 pagi.

No comments

Powered by Blogger.