MAT SAID BINA ZOO

KUALA TERENGGANU10 Feb. - Kerajaan Terengganu akan membuka zoo pertama di negeri ini di Bukit Takal, Kemaman yang mempamerkan kira-kira 100 spesies haiwan akhir bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, zoo seluas 54 hektar itu terletak berdekatan Kampung Yak Yah yang merupakan kawasan terkenal dengan habitat kunang-kunang.

"Ia akan menjadi zoo terbesar dengan pelbagai spesies haiwan di Pantai Timur," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, antara spesies haiwan yang akan dipamerkan di zoo berkenaan termasuk burung unta, merak, beruang, landak, helang, rusa dan kucing hutan.

Menurutnya, haiwan-haiwan berkenaan kini sedang dikuarantin untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di kawasan zoo tersebut.

"Saya menjangka tarikan utama di zoo ini nanti ialah menaiki gajah mengelilingi zoo, harimau putih dan burung cenderawasih," ujarnya.

Ahmad menambah, kerajaan negeri juga merancang untuk membeli binatang dari zoo tempatan dan luar negara.

Antaranya kata beliau ialah spesies beruang, seladang, kijang, kambing gurun, orang utan, buaya dan harimau.

Menurutnya, zoo di Bukit Takal juga akan dijadikan kawasan pembiakan beberapa spesies haiwan tempatan yang hampir pupus.

"Ia kemudian akan dilepaskan ke habitat asalnya atau dijual kepada zoo-zoo yang berminat," katanya.

Ahmad memberitahu, beberapa zon tema akan dibina di zoo berkenaan bagi memberi pilihan kepada para pengunjung.

Jelas beliau, antaranya ialah Taman Herba, Taman Pokok Hutan, Taman Tropika, Taman Cendawan, Taman Buah-buahan, Taman Orkid, Taman Bonsai dan Taman Akuatik.


SAPA TAH DULU PERNAH MELAWAK...TENGOK LA CARA MAT SAID BERCAKAP..KAN DIA SELALU SEBUT NAMA BINATANG..KIRA DARI DULU LAGI LA DOK BERMINAT DENGAN BINATANG NI HEHEHE....BANGGA LA ORANG GANU..MAT SAID HADIAHKAN ZOO TERBESAR..

No comments

Powered by Blogger.