SEMUA BEREBUT BENDA HARAM...MELAYU..CINA..INDIA DARI PUAK HARAM!

Ditanya mengenai wakil bertaraf Exco itu, Subramaniam berkata, MIC juga sudah memohon supaya seorang ahli parti berkenaan dilantik khusus bagi menjaga kepentingan masyarakat India dan dapat melayani kehendak kaum itu.

"Perak mempunyai bilangan penduduk India yang kedua tertinggi selepas Selangor, jadi mesti ada wakil dalam suasana ini," katanya.

Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah memaklumkan kepada parti itu bahawa beliau akan memberi pandangan positif terhadap permohonan MIC dan kini perlu menunggu keputusan. "Kita tidak beri tempoh, saya ingat beliau (Najib) akan membuat keputusan dalam tempoh terdekat," katanya.

Sementara itu, menjawab pertanyaan kemungkinan MIC meletakkan calon bagi pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau, Kedah, Subramaniam berkata, secara tradisi kawasan itu diwakili MIC termasuk pada pilihan raya umum Mac tahun lalu.

"MIC bertanding di situ dan kalau ikut tradisi biasanya macam itulah, tapi sampai sekarang kita belum mengadakan apa-apa perbincangan untuk permintaan BN dalam hal itu.

No comments

Powered by Blogger.