beza sungguh dengan menteri kat malaysia!

BANGKOK: Menteri Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia Thailand, Witoon Nambutr meletakkan jawatannya hari ini, susulan skandal yang mengaitkannya dengan penghantaran ikan busuk kepada mangsa banjir.

Peletakan jawatan itu adalah 'korban' pertama Perdana Menteri baru Thailand, Abhisit Vejjajiva bagi kabinetnya yang baru berusia enam minggu.

Witoon menyerahkan peletakan jawatannya kepada Abhisit, tetapi menafikan melakukan kesalahan berhubung penyediaan pakej makanan pada Disember tahun lalu ke wilayah selatan yang dilanda banjir.

“Saya meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta. Saya berasa sedih untuk mengumumkan peletakan jawatan ini kerana tidak mengetahui dan tidak mempunyai kaitan dengan pengedaran pakej bantuan ke wilayah Phatthalung.

"Malah, saya tidak tahu ikan dalam tin yang busuk dihantar ke sana,” katanya dalam sidang media yang disiarkan menerusi televisyen negara itu, di sini.

Skandal itu muncul Disember lalu selepas penduduk kampung di Phatthalung mengadu sardin tin dalam pakej bantuan mereka yang disediakan Kementerian Pembangunan sudah rosak.


menteri kat malaysia pung bertanggung jawab gak kakakakakahhhh

No comments

Powered by Blogger.