pegawai khas adun PKR orang UMNO?

Saya baru menerima sms daripada seorang teman yang tinggal di Perak.

Dalam smsnya, teman tersebut berkata,

“orang-orang yang mengeluarkan kenyataan akhbar bagi pihak Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu bukanlah pegawai khas kepada kedua-dua exco tersebut. Kenyataan tersebut boleh dicabar kerana kedua-dua exco kerajaan negeri Perak tersebut tidak mempunyai sebarang kenyataan sendiri”

Semalam Firdaus Saharuddin dan Puzi Ghazali yang mendakwa diri mereka sebagai pegawai khas kepada kedua-dua exco terbabit mengedarkan kenyataan kepada media tanpa kemunculan kedua-dua exco terbabit.

Saya menelefon teman terbabit untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara ini. Teman saya memberitahu bahawa informasi yang beliau terima adalah melalui salah seorang pegawai khas kepada exco yang lain di Perak.

Menurut teman saya lagi, Firdaus Saharuddin yang mendakwa dirinya adalah pegawai khas kepada Jamaluddin Mat Radzi adalah seorang kontraktor di Behrang dan merupakan ahli Umno disitu.

Cerita ini juga telah menjadi buah mulut rakyat negeri Perak menurut teman saya lagi.

Sejauh manakah kebenarannya?

Apakah Firdaus Saharuddin dan Puzi Ghazali dihantar oleh Umno untuk membuat kenyataan bagi pihak Jamaluddin dan Osman?

Kita tunggu dan lihat. Kebenaran pasti akan terbongkar.



http://aminiskandar.wordpress.com/

No comments

Powered by Blogger.