BN dapat balasan selepas persempadanan semula 2002, kata Zaid Ibrahim


SINGAPURA, 10 Feb: Tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya selepas pilihan raya 1999 (2002) nampaknya 'makan tuan', kata bekas Menteri Di Jabatan Pedana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dalam ceramahnya dekat sini anjuran Intitut Kajian Asian Tenggara (ISEAS).

Bagi beliau, selepas kehilangan banyak kerusi kepada PAS dalam pilihan raya 1999, BN telah membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2002 untuk mengurangkan kawasan majoriti Melayu.

Kesannya, dalam pilihan raya 2004, banyak kerusi PAS telah hilang dan BN berjaya menawan balik kerusi-kerusi itu.

Namun, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal melaksanakan banyak janjinya, banyak kerusi-kerusi itu hilang kembali dalam pilihan raya 2008.

Ini berlaku apabila kerusi Melayu dimenangi oleh PAS, kerusi campuran dimenangi PKR dan kerusi majoriti Cina dimenangi DAP.

Laporan penuh dalam Siasah Jumaat ini.

No comments

Powered by Blogger.