BN Jangan Fobia Pilihan Raya Kecil - malaysiakini


Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad daripada PAS hari ini menasihatkan Barisan Nasional (BN) supaya tidak fobia dengan pilihan raya kecil.

Beliau berkata, walaupun BN kalah dalam pilihan raya kecil sebelum ini di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, namun masih ada peluang untuk mereka memenangi pilihan raya kecil yang akan datang.

"Jangan fobia. Masih ada harapan untuk menang, jadi tunjukkanlah kejantanan," katanya ketika mencelah semasa sesi perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong oleh ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim, semalam.

Razali dalam perbahasannya yang menyentuh mengenai pengambil alihan kerajaan Perak oleh BN daripada Pakatan Rakyat berkata, Sultan Perak adalah pakar undang-undang dan beliau semestinya tidak akan membuat silap dalam memutuskan bahawa BN sememangnya berhak untuk mentadbir kerajaan Perak.

Khalid berkata, tidak dapat dinafikan negara mengamalkan demokrasi berpelembagaan dan Sultan berhak mentafsir undang-undang namun tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk enggan meletak jawatan dan terus meminta Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya dibubarkan juga adalah berasaskan perlembagaan dan undang-undang.

"Apabila ada dua tafsiran yang berbeza, adakah Muar kata tafsiran Sultan yang harus diterima?

"Umno dalam keadaan yang tidak mampu berdepan dengan Pakatan Rakyat dan ingin mengheret Raja-raja serta berselindung di sebalik institusi Raja-raja.

Selanjutnya di mStar

-Pejabat YB Khalid Samad-

No comments

Powered by Blogger.