KJ tiada jawapan untuk bedakkan 'kehitaman' imej liabili UMNO - malaysiakini
Apa lagi cara untuk bedakkan "'kehitaman' imej Khairy?
Khairy Jamaluddin tidak dapat mengemukakan jawapan menangkis imej dan persepsi dirinya sebagai liabiliti UMNO. Dia hanya berdaya menyatakan terpulang kepada mereka yang menerima penerangannya untuk mengundi.
Selain jawapan defensif yang dikemukakan, Khairy masih bersikap apolegetik dan in-denial (tidak menerima kenyataan) terhadap sebab-sebab kekalahan BN di PRU12.
Dia tidak mahu mengaku sebab kritikal yang satu adalah kelemahan bapa mertuanya - dari segi kebolehan mentadbir, kelemahan kepimpinan, polisi keterbukaan gopoh yang memakan diri, kehilangan keyakinan, dan penglibatan keluarga - yang menjadikan BN dibenci dan dakyah pembangkang diterima rakyat.
Khairy masih cuba memesongkan sebagai masaalah bersama dan ketidak upayaan menangani kejayaan PRU11 tahun 2004.
Sepanjang masa lima tahun ini, Khairy tidak henti-henti mempertahankan bersungguh-sungguh setiap tindakan-tindakan dan keputusan Abdullah dan menyanggah pengkritik-pengkritik dari dalam dan luar UMNO.
Dalam dia mahu cuba mencadangkan pelbagai konon agenda, dia tidak terjawab juga kenapa tidak dibuatnya sepanjang menjawat Naib Ketua Pemuda?
Cadangan forum "Satu Malaysia" sesama Pemuda BN yang dikemukakan adalah agenda menyerapai Malaysian Malaysia yang tidak selari dengan perjuangan UMNO dan manifestasi komitmen Khairy pada idealisma multiculturalism dan mulracialism.
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/02/kj-tiada-jawapan-untuk-bedakkan.html
No comments
Post a Comment