Dakyah fitnah Umno men'darah daging' kini ! - malaysiakini


Bukan baru Umno tuduh PAS sebagai agen cina. Sejak dulu lagi. Cuma tak ramai yang tahu. Kini melalui blog kita bongkar, fitnah dan tuduhan itu dan kita sanggah untuk khalayak mengetahuinya.

Hampir 11 bulan juak-juak dalam Umno begitu galak menuduh PAS ni menjadi alat DAP di Perak. Puas mereka keliling kampung sebar fitnah kata YB Nizar ni tunduk pada Cina DAP.

Malahan di Selangor dan semua negeri Pakatan, mereka jaja kononnya PAS ni dah tunduk kepada segala kemahuan DAP. DAP itu tuhan baru PAS !

Malahan dalam PAS pun, satu waktu dahulu, perkara yang sama yang disebarkan oleh puak2 fraksi UMNO.

Wak pun cubalah siasat. Rupanya, benda ni UMNO dah buat sejak dahulu lagi dah. Bukan idea dan benda baru. Semua tu idea lama. Idea zaman P.Ramlee dan Siti Tanjung Perak.


Gambar: Datuk Haji Muhammad Asri (kiri) & penggubah lagu PAS Abdullah Bukhari

Saya nukil dari blog Ibnu Hasyim, dgn izin:
Dalam pilihan raya 1964 ini, PAS memperolehi sebanyak 329,000 undi Parlimen atau 14.6% dari 78.9% atau 2,720,000, iaitu dari undi yang sah. Peratus undi Parlimen yang diperolehi oleh PAS itu juga menurun sebanyak 8.4% berbanding 1959. Dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pula, PAS cuma beroleh 21 kerusi DUN Kelantan berbanding dalam pilihan raya 1959 PAS dapat 28 dari 30 di DUN tersebut. Selain dari itu PAS memperolehi 3 di Terengganu dan 1 di Perlis.
Menurut setengah pihak, kemerosotan PAS dalam pilihan raya ini adalah disebabkan oleh isu konfrantasi, yang membawa kesan buruk pada PAS. Parti PERIKATAN telah menggunakan isu ini untuk menentang PAS yang tidak menyokong pembentukan Malaysia. PAS dituduh tidak berpatriotik kepada negaranya. Pemimpin PAS telah ditangkap di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) seperti Haji Sulaiman dari Cabang Tiga Berangan, Haji Yaakob dari Kelong dan Haji Idris dari Cabang Empat Tok Mek Ngah.
Kedudukan PAS pula diperburukkan lagi dengan kemasukan beberapa pemimpinnya ke dalam UMNO, samada secara paksaan, ugutan atau takut. Walau bagaimanapun dalam pilihan raya umum 1964 DUN Kelantan masih berada di dalam genggaman PAS. Parti PERIKATAN begitu bernafsu untuk menebus kekalahannya dulu, dengan menurunkan pemimpin utamanya berkempen di Kelantan, seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan lain-lain. Mereka menaburkan janji-janji manis untuk menarik pengundi.
Akhbar-akhbar tempatan terus memburuk-burukkan kerajaan PAS Kelantan, bagi menghilangkan kepercayaan rakyat kepada PAS. Umpamanya, sebelum hari mengundi, akhbar Utusan Melayu memaparkan tajuk-tajuk utama atau muka depan seperti judul, ‘Tun Razak Bongkar Rahsia PAS’, ‘Sudah 1/5 Negeri Kelantan Kepada Cina’, ‘375,000 Ekar Tanah Di Ulu Kelantan Digadai Kepada Cina Selama 33 tahun’, ‘PAS Gadai Melayu’ dan lain-lain. PERIKATAN juga telah menabur 500,000 keping risalah bagi meyakinkan rakyat dan pengundi dengan apa yang didakwakan itu.
Rupa-rupanya benda fitnah ni UMNO dah lakukan sejak Pilihanraya 1964 lagi. Menuduh PAS menjadi agen Cina dan agen asing. Patutla perangai orang UMNO ni semuanya buruk-buruk belaka. Suka buat fitnah kat orang ! Rupanya, diorang ni sejak zaman dulu lagi dah belajar kuat memfitnah. Fitnah itu adalah budaya UMNO !

source : [link]

No comments

Powered by Blogger.