GAMBAR: Sepanjang perjalanan ke Parlimen pada 17 Februari 2009

9 pagi, Tugu Negara masih lengang. Razali Endon, Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said menunggu rakan-rakan.

9.30 pagi mula memasang kain rentang di tepi jalan menuju Parlimen. Tidak besar, tetapi kehadiran kami sangat dirasakan oleh orang ramai.

9.45 pagi kami mula bergerak. Yakin, Allah akan memudahkan kerja yang baik.

GMP cuma ingin menggunakan hak bersuara. Itu hak asasi.

Pada saat begini, ketibaan YB Puan Dr. Lo'lo' melicinkan jalan kami ke Parlimen. Kehadiran Puan laksana pari-pari yang dihantar dari langit. Juga yang tidak ada dalam gambar, YB. Tuan Tien Chua. Terima kasih.

Hanya yang berpakaian kemas diberi kebenaran masuk ke lobi Parlimen.

Prof. Emeritus Abdullah Hassan, Pengarah, Institut Peradaban Melayu, UPSI. Tidak ada masalah dengan pakaian kebangsaan.

Akhirnya kami dibenarkan masuk ke lobi Parlimen. Puan Ainon, Wanita Melayu terakhir dalam GMP.

Pengerusi GMP, Dato dr. Hassan Ahmad, diiringi oleh Prof. Shahrir dan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, memberi sidang akhbar di lobi Parlimen. Isi sidang akhbar ini ada dalam entri sebelum ini.

Pengerusi GMP, Dato Dr. Hassan Ahmad, diiringi oleh Prof. Shahrir dan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, memberi sidang akhbar di lobi Parlimen. Isi sidang akhbar ini ada dalam entri sebelum ini.

Maaf. Gambar ini tidak jelas. Ini adalah YB Tuan Lim Eng Guan datang memberi sokongan daripada DAP.

Tuan Guru Dato' Seri Hadi Awang, menerima memorandum GMP dan memberi sokongan padu PAS. Terima kasih Tuan Guru.

Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hadi Awang, menerima memorandum GMP dan memberi sokongan padu PAS. Terima kasih Tuan Guru.

Ini tuntutan GMP. Amanah daripada rakyat yang tidak pandai bersuara tetapi menjadi mangsa terbesar.

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim datang memberi sokongan. Ketua Pembangkang di Parlimen, iaitu Pemimpin PKR menerima Memorandum GMP daripada Dato Hassan. PKR menyokong penuh tuntutan kita. Terima kasih Dato.

Sepanjang masa kami di Parlimen, ada sahaja yang menyapa dan memberi semagat. Kami tidak pernah lapar atau dahaga. Ada sahaja yang mengambilkan makanan dan minuman. Kami tidak tahu siapa yang membayar. Mungkin Tuan Radzi. Ramainya sahabat di Parlimen. Terima kasih.

Dato' Seri Hishamuddin.

Dato' Seri Hishamuddin

Di dalam Dewan, Dato’ Seri Hishamuddin Hussein menjawab soalan mengenai PPSMI. Beliau tidak memberi sebarang maklumat baru, cuma mengulang klip ‘video’ daripada persidangan meja bulat di Puterajaya sahaja. Mengecewakan.
YB Dato' seri Hishamuddin Hussein meminta kami menyampaikan memorandum kepada beliau di luar sidang. Suasana lebih daripada mesra, sehingga berpeluk-pelukan dengan Dato' Hassan. Kata orang itulah bahasa politik.

Kalau adapun sedikit suara sumbang, datangnya daripada YB Bung Mukhtar, Kinabatangan. Beliau memanggil kita sebagai 'anasir ... ' Itupun dibantah oleh rakan beliau Ahli Yang Berhormat sendiri di dalam Dewan. Tuan Yang Dipertua terpaksa menjelaskan, .. tidak ada apa-apa. Namun di luar sidang, beliau dikerumuni oleh ahli GMP yang memberi sedikit teguran kepada beliau.

Kalau adapun sedikit suara sumbang, datangnya daripada YB Bung Mokhtar, Kinabatangan. Beliau memanggil kita sebagai 'anasir ... ' Itupun dibantah oleh rakan beliau Ahli Yang Berhormat sendiri di dalam Dewan. Tuan Yang Dipertua terpaksa menjelaskan, .. tidak ada apa-apa. Namun di luar sidang, beliau dikerumuni oleh ahli GMP yang memberi sedikit teguran kepada beliau.

Ramai yang menerima memorandum kami. Yang terakhir adalah YBM Tengku Razaleigh. Dalam suasana yang sangat mesra. Tidak ada yang samseng terhadap sesiapa pun. Tidak pun polis kepada kami!

Pukul 1 tgh. Jalan pulang ke Tugu sepi sahaja. Cuma polis berteduh di bawah pohon rendang, jauh daripada kami.

Dalam kemesraan dan ketawa di ruang lobi parlimen, enam tahun sudah berlalu. Jikalau pada setiap tahun separuh sahaja daripada anak-anak sekoah rendah yang tidak memahami apa-apa melalui bahasa yang tidak difahaminya, bermakna ada sekitar 200,000 anak kita yang ternafikan haknya menerima pendidikan.

Dalam enam tahun, mungkin sudah ada 1,200,000 anak-anak kita yang sudah menjadi korban PPSMI. Majoritinya anak-anak Melayu.

Lalu Dato’ Menteri bertanya “Mengapa sekarang baru bersuara?”

Aduhai. Sejak 1996 lagi kami sudah bersuara.

Seawal September 2002, Presiden Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI), Prof. Dr. Shahrir Mohamad Zain, sudah menghantar Memorandum menyatakan pendirian profesor sains, kejuruteraan dan teknologi (SAKTI) Malaysia kepada Perdana Menteri, dan Menteri Pendidikan Malaysia.

Sekiranya belum ditemui, memorandum itu diterbitkan semula dalam “Mengapa Kami Bantah!”

Merakamkan pendirian dan tuntutan GMP supaya jangan ditanya lagi kenapa kami tidak bersuara.

http://profabdullah1.wordpress.com/

No comments

Powered by Blogger.