Dari Kediaman MB

Kami masih lagi berada dikediaman MB, membantu apa yang patut. Membuat kerja-kerja mencari berita, mengolah dan menrbitkan risalah-risalah untuk memberikan penerangan kepada penduduk-penduduk kampung yang tidak dapat mengakses internet.

Sesiapa yang datang pada malam ceramah dirumah MB pada hari Ahad lalu, mungkin menerima beberapa risalah yang diedarkan, itulah hasil daripada apa yang kami buat. Terima kasih diatas sumbangan-sumbangan yang diberikan kepada Bloggers Network. Semua sumbangan itu kami pulangkan kepada rakyat dengan cara membuat dan mengedar risalah-risalah tersebut.

Ada banyak lagi risalah-risalah dan booklet akan diedarkan, untuk menerangkan kepada rakyat tentang apa yang sebenarnya berlaku, dan menjawab tohmahan dan propaganda Umno. Kami akan mengeluarkan satu risalah sehari dan setiap dua kali seminggu, kami akan edarkan kepada rakyat, terutamanya diluarbandar.

Kami tak perlu lagi meminta bantuan untuk menampung kos pengedaran risalah ini kerana sudah ada pihak yang menanggung kos projek ini. Terima kasih kepada pihak berkenaan.

Kami sedang mencari tempat disekitar Ipoh untuk dijadikan basecamp untuk terus beroperasi, sehinggalah kami tidak diperlukan lagi. Biasalah..dalam keadaan macam ni, tak ramai yang mahu tampil kedepan. Yang boleh buat kerja tanpa bayaran macam ni, hanya aktivis. Bila PR dah memerintah balik nanti, masa tu sapa pun tak pandang lagi dah. Tapi tak mengapa…dah gatai nak jadi blogger..sendiri tanggung la.

Menteri Besar sendiri akan keluar dari rumah rasmi ini tak berapa lama lagi. Dia pun bukan kebuloq sangat nak control rumah ini. Cuma nak cari rumah sewa..kat mana nak duduk? Kalau MB Umno, dua tiga bulan jadi MB, dah boleh beli banglo juta-juta, tapi…Nizar yang jadi MB selama 11 bulan, rumah sendiri pun tak ada.

Sebenarnya..tak ada sesiapa yang menyuruh Nizar keluar, dan kenyataan Pak Lah yang mengatakan notis sudah diberikan banyak kali semua bohong. Sebabnya, siapa yang nak bagi arahan? Kerajaan haram BN sendiri masih was-was, depa sendiri tak tau, sama ada depa benar-benar kerajaan yang sah atau tidak.

Nizar sendiri tak mau dilihat sebagai berkubu dalam kediaman. Kediaman rasmi tak penting, tapi yang penting ialah beliau boleh berinteraksi dengan rakyat. Ramai yang buat sms palsu mengatakan Nizar sudah ditangkap dibawah ISA, rumah MB sudah dikepung..macam-macam.

Sebab tu lah, kami mengatur beberapa program supaya Nizar dapat bertemu rakyat untuk menjelaskan apa yang berlaku. Baru saja siap semalam, IGP keluarkan arahan, semua program ceramah diPerak diharamkan.

Nampak sangat polis bersekongkol dengan Umno. Nampak sangat polis dijadikan alat supaya Umno terus berkuasa secara haram. dan sekarang, polis dan Umno boleh lah dikatakan kumpulan kongsi haram.

Tapi kita akan turun juga kesetiap kawasan bertemu rakyat. Program sudah diatur dimana Nizar dan beberapa pemimpin PR lain akan turun bertemu rakyat. Kepimpinan PR disetiap kawasan atau bahagian akan diberitahu bila program dikawasan masing-masing akan diadakan. Kami akan menyiarkan tarikh dan tempat dimana Nizar akan turun sehari seblum program tersebut akan diadakan.

Malam tadi, Nizar hadir disatu majlis makan malam anjuran masyarakat Cina di Ipoh, dan kalau dilihat kepada kehadiran yang begitu ramai…kita boleh membuat kesimpulan mengapa BN takut mengadakan pilihanraya.

Sementara itu, kami memerlukan sukarelawan yang mahir dalam pengendalian webtv. Kalau ada sesiapa yang mahu membantu, sila email atau call aku, 013-5935721. Kita akan rakamkan setiap program turun kampung ini dan disebarkan kepada rakyat, sama ada melaui web, blog ataupun dalam bentuk VCD

No comments

Powered by Blogger.