Nizar Jamaluddin ikon baru Pakatan Rakyat .........


Mungkin secara tidak langsung ada hikmah dengan hilangnya kerajaan Pakatan Rakyat Perak kepada Barisan Nasional. Mungkin kejayaan yang dijangka oleh Barisan Nasional yang diterajui oleh Najib Tun Abdul Razak dalam mengambil alih kuasa Negeri Perak bukan satu kejayaan menyeluruh. Mungkin implikasi dari tindakan tersebut memberi kesan yang lebih negatif kepada BN khususnya UMNO yang semakin ke tepi dalam membicarakan persoalan sokongan rakyat khususnya generasi muda.

Benar, Perak dapat di rampas dari Pakatan Rakyat. Namun hakikat sebenarnya adakah Perak menjadi peneroka jalan untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional? Adakah ini akan menjadikan Barisan Nasional kembali diterima atau pengambilalihan Perak akan lebih menyulitkan Barisan Nasional.

Apa yang jelas dalam isu ini adalah kemunculan hero baru dalam Pakatan Rakyat yang mempunyai keserasian dengan mentor mereka Anwar Ibrahim. Kalau sebelum ini DAP ada Lim Guan Eng, hari ini PAS mungkin ada Nizar Jamaluddin yang mampu membawa arus Anwar Ibrahim dalam parti mereka masing-masing.

Nizar kini – dalam isu peralihan kuasa secara pintu belakang ini telah menjadi ikon perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat. Sokongan semakin memuncak dan Nizar semakin rapat dengan apa yang penyokong Pakatan Rakyat definisikan makna pejuang. Nizar hari ini semakin popular dan semakin menampakkan diri dalam pembentukan ikon kepimpinan baru dalam Pakatan Rakyat. Nama yang sebelum ini tidak diketahui kini disebut-sebut di Perak dan negeri-negeri lain dalam Malaysia. Mungkin dengan populariti ini Nizar akan menjadi ikon pejuang baru yang mampu berdiri seiringan dengan Anwar Ibrahim di mata penyokong PR. Mungkin Pakatan Rakyat perlu berterima kasih dengan Najib Tun Razak kerana hari ini Nizar seakan popular dalam senario penyokong mereka sebagai pejuang dan Najib popular dengan kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang akan menjadi Perdana Menteri.

Apa pun rakyat yang menjadi penyokong Pakatan Rakyat yang rata-rata di dokong oleh generasi baru ini khususnya PAS akan memperoleh seorang lagi ikon perjuangan mereka yakni Nizar Jamaluddin. Mungkin ketandusan persoalan yang sebelum ini meletakkan pengganti Anwar Ibrahim ialah Lim Guan Eng kini berubah dengan nama baru Nizar Jamaluddin. Mereka inilah, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Nizar Jamaluddin akan menjadi faktor baru dalam pilihan raya ke 13 nanti. Adakah mereka ini dapat ditandingi oleh Najib, TS Muhyiddin Yassin atau Mohammad Taib atau Ali Rustam?

Ingat rakyat akan memilih pada PRU 13 nanti dan ini bukan macam pemilihan agung UMNO akan datang. Perbuatan BN khususnya UMNO akan terpahat menjadi pengukur rakyat untuk memilih siapa. Mungkin BN dan UMNO nampak berjaya menawan Perak tetapi Barisan Nasional masih dikerumuni oleh mereka yang retorik tanpa tindakan.- webmaster

source:umno reform 2

No comments

Powered by Blogger.