Dato' Najib Bakal Di Baling Kasut Dalam Program MengUMNOkan Jawatankuasa Peguam Pahang Di Hotel MS Garden Kuantan !!

Pak Lah mungkin hanya akan melepaskan jawatan Presiden UMNO tetapi bukannya Perdana Menteri. Inilah yang sedikit sebanyak menggusarkan Najib dan orang-orangnya. Atas alasan itulah maka ada pemimpin UMNO yang mencadangkan Pak Lah menjadi Menteri Kanan Kerajaan Malaysia. Apakah ini akan terjadi? Sedangkan Najib sudah ada calon untuk jawatan itu, siapa lagi kalau bukan "mentornya" iaitu Tun Mahathir. Malah, Mahathir dikhabarkan hanya menanti saat dan ketikannya sahaja untuk kembali menyertai parti karat UMNO itu sebenarnya. Apapun kita nantikan sahaja adengan ini yang bakal disajikan tidak berapa lama lagi nanti.
Namun, ini satu berita panas yang kami terima hari ini. Ia berkaitan dengan program "mengUMNOkan" Jawatankuasa Peguam Pahang yang bakal dihadiri oleh Najib Razak di Hotel MS Garden Kuantan pada 28 Februari ini. Program yang akan menhimpunkan ramai peguam-peguam Pahang itu turut akan menyaksikan pertandingan jawatan penting termasuklah pimpinan utamanya. Dikhabarkan, kini ada pihak yang cenderong kepada UMNO akan mencalonkan anak bekas Timbalan Menteri Besar Pahang iaitu iaitu Julita Dato' Jabar sebagai pemimpin nombor satu jawatankuasa itu.
Ini adalah satu langkah dan strategi untuk mengUMNOkan jawatankuasa peguam terbesar di Pahang itu. Justeru itulah bagi memudahkan urusan yang berkaitan, Najib Razak telah diundang sebagai perasmi program berkenaan. Namun, kami mendapat maklumat "sulit" bahawa ramai peguam Pahang yang akan "memboikot" program berkenaan. Bahkan lebih memeranjatkan lagi ada ura-ura nasib yang berlaku kepada bekas Presiden Amerika, Goerge Bush yang dibaling kasut dulu bakal "dihadiahkan" kepada Ahli Parlimen Pekan itu pula. Ini kerana ramai peguam profesional yang kecewa dengan sikap beliau yang secara jelas mencabar dan memperkotak-katikkan peraturan, serta undang-undang yang telah termaktub dalam perlembagaan negara sebenarnya.
http://pahangdaily.blogspot.com/
No comments
Post a Comment