Demontrasi membantah serangan terbaru Israel dan konsert Rihanna

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (pemudawilayah) akan mengadakan satu demontrasi aman dihadapan Bangunan Celcom di Jalan Raja Muda Abd Aziz pada 6 Februari 2009 selepas solat Jumaat bagi membantah konsert Rihanna berikutan serangan terbaru Israel di Gaza.

Pemudawilayah sebelum ini telah menghantar satu memorandum bantahan, walaubagaimana pun pihak Celcom yang menjadi penaja dan penganjur bersama enggan membatalkan konsert ini.

Serangan terbaru Israel di Gaza yang disokong oleh Amerika seharusnya mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia dan usaha memboikot produk Amerika termasuklah artis mereka seperti Rihanna perlulah diadakan secara serius.

Oleh itu pemudawilayah mengajak NGOs seperti JIM, ABIM, Hizbu Tahrir, GPMS, Aman Palestine, Dewan Pemuda Masjid, PPIM, Pewaris, Gamis, SMM, GMI, Jerit, Food Not Boms dan sebagainya termasuk pemimpin parti-parti politik untuk turun bersama bagi mendesak pihak Celcom membatalkan konsert Rihanna.

Seandainya konsert Rihanna berjaya dibatalkan, dijangkakan ianya akan memberikan satu liputan meluas diseluruh dunia bagi mengambarkan seriusnya Umat Islam memboikot produk dari Amerika.

Oleh itu kesatuan NGO dan pemimpin politik amatlah dialu-alukan bagi memberikan tekanan kepada Amerika untuk menyekat serangan tentera Israel di Gaza yang sekarang ini telah mencabuli penjanjian gencatan senjata yang di umumkan bulan lepas.

Tindakkan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang baru-baru ini memalukan Presiden Israel, Simon Peres di Davos seharusnya disambung dengan usaha memboikot segala usaha yang ada kaitan dengan Israel termasuklah konsert Rihanna ini.

Sekian. Terima kasih.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan

No comments

Powered by Blogger.