Gambar bogel: Elizabeth sedang disiasat polis MB menghadap Sultan Selangor mendapat panduan

DITENANGKAN... Elizabeth Wong yang juga ADUN Bukit Lanjan, Selangor ditenangkan oleh rakan-rakan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas sidang media berhubung penyebaran gambar bogel beliau di Ibu Pejabat PKR hari ini. Berikutan itu beliau menwarkan diri untuk melepaskan kedua-dua jawatan tersebut dan akan berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi mengatur urusan penyerahan tanggungjawab mengikut cara sepatutnya. Keputusan itu dibuat berikutan kontroversi penyebaran gambar bogel beliau yang tersebar di internet dan khidmat pesanan multimedia. - fotoBERNAMA
CERIA... Reaksi Elizabeth Wong di pekarangan Ibu Pejabat PKR selepas selesai mengadakan sidang media pagi tadi.

[DIKEMAS KINI, 6 PETANG] PETALING JAYA: Elizabeth Wong, yang telah memutuskan untuk meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan ekoran tersebarnya gambar separuh berbogel sejak beberapa hari lalu, kini sedang memberikan kenyataan kepada polis.

Beliau memberikan kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya sejak kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Turut mengiringi beliau ialah peguamnya.

Wong telah membuat laporan di Balai Polis Damansara Ahad lalu.

Beliau menemui polis kira-kira enam jam selepas muncul pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi tadi.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah "menolak" hasrat Wong untuk meletakkan jawatan.

Sebaliknya mereka meminta beliau memikirkan semula sambil mengambil cuti selama satu tempoh yang belum ditetapkan.

BERITA TERDAHULU

Elizabeth mahu undur MB, Anwar nasihat cuti

[DIKEMAS KINI, 4.20 PETANG] PETALING JAYA: Elizabeth Wong, yang memutuskan hasrat untuk meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan ekoran tersebarnya gambar separuh berbogel, telah dinasihatkan agar bercuti buat sementara waktu.

Menteri Besar Selangor berkata, beliau telah menasihatkan Wong agar bercuti dan mengambil rehat yang sewajarnya.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan berapa lama Wong dinasihatkan supaya bercuti.

Nasihat yang sama turut diberikan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lobi Parlimen, yang turut meminta Wong supaya mengkaji semula pendiriannya mahu meletakkan jawatan.

Semalam Wong berkata beliau telah menjadi "mangsa kejadian" penyebaran foto atau video separuh bogelnya, yang dipercayai disebarkan oleh bekas kekasihnya.

Media melaporkan bahawa bekas kekasihnya kini berada di luar negara.

Malam tadi kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengadakan dua mesyuarat - peringkat negeri dan peringkat kebangsaan - dari 8.30 malam tadi sehingga awal pagi ini bagi membincangkan isu Wong.

mStar Online difahamkan antara opsyen yang ditimbangkan dalam kedua-dua pertemuan itu ialah meminta Wong berundur daripada kedua-dua jawatan berkenaan.

Selangor PAS dijadual turut mengadakan mesyuarat petang ini membincangkan isu berkenaan.

Malah, Khalid yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berkata, beliau akan menghadap Sultan Selangor untuk memperjelaskan isu berkeaan dan mendapatkan pandangan baginda.

"Saya telah menerima surat daripada YB Elizabeth Wong yang mengatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Selangor dan ADUN Bukti Lanjan.

"Perkembangan ini adalah sesuatu yang malang memandangkan YB Elizabeth Wong merupakan anggota Exco contoh," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan sejam yang lalu.

Bagaimanapun Khalid tidak menyatakan tarikh beliau akan menghadap Sultan Selangor.

Pagi esok, kerajaan negerinya akan mengadakan mesyuarat mingguan Exco.


SPR sedia adakan pilihan raya di 3 kerusi "Bukit"

Elizabeth Wong digesa tarik balik keputusan letak jawatan


Pada sidang media pagi tadi, Wong menawarkan diri untuk meletak jawatan dan juga mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan setelah gambar bogelnya tersiar dalam Internet.

Dengan nada sebak dan ada ketikanya menitiskan air mata, Wong menegaskan, beliau akan membincangkan soal penyerahan tugasnya itu dengan Menteri Besar.

Beliau tidak melayan soalan wartawan selepas membacakan kenyataannya.

Wong, 37, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor berkata, terdapat pihak tertentu yang mahu mencemarkan nama baiknya.

Beliau yang datang ke sidang media dengan kelihatan "ceria" menitiskan air mata ketika membacakan kenyataan satu halaman.

Ketua Penerangan Wanita PKR itu, anak kelahiran Ipoh, Perak berkata, beliau tidak melanggar sebarang undang-undang.

"Saya tak merasa malu hanya kerana saya tidak berkahwin," kata beliau sambil menambah bahawa akan kekal sebagai ahli PKR.

Wong berkata, tawarannya untuk meletak jawatan adalah untuk kebaikan parti.

"Walaupun kempen memburukkan nama saya ini ditujukan kepada saya, tapi saya sedar matlamatnya adalah untuk memburukkan Parti Keadilan Rakyat," katanya.

Wong telah membuat laporan di Balai Polis Damansara Ahad lalu.

Turut hadir pada sidang media pagi tadi ialah Naib Presiden PKR, R. Sivarasa; Setiausaha Publisiti DAP, Teresa Kok yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor; Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh dan Ketua Wanita, Zuraidah Kamaruddin, seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dan Irene Fernandez.

Kesemua mereka yang turut memberikan pandangan mengutuk penyebaran foto dan video sedemikian.

Malah mereka menyalahkan musuh politik khususnya Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai belakang dalam usaha kotor sedemikian.

Beberapa penyokong Wong juga hadir untuk menyatakan sokongan moral kepada beliau sambil membawa poster dan sepanduk.

Malah, ketika Wong ketika memberikan sidang media, mereka menggesa dengan kata-kata "jangan letak jawatan" berulang kali.

Pada satu ketika Sivarasa meminta bertenang bagi membolehkan Wong habis membacakan kenyataannya.

Sivarasa berkata, PKR bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil di Perak, Kedah dan di Selangor jika ada, walaupun berhadapan dengan kes Wong.

No comments

Powered by Blogger.