Harga gula kekal - KPDNHEP-malaysiakini

JOHOR BAHRU 15 Feb. - Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan harga gula dalam masa terdekat ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Zain Mohd. Dom.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengadakan perbincangan dengan pihak industri.

''Jaminan telah diberikan oleh pihak industri untuk tidak menaikkan harga gula dan sebarang kenaikan kelak perlu mendapat kelulusan KPDNHEP sebelum ia dilaksanakan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menutup Mesyuarat Agung Ke-6 Persatuan Pengguna Bumiputera Johor (PPBJ) di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menaikkan harga gula berikutan harga barangan itu meningkat di pasaran antarabangsa.

Menurutnya, sebanyak 80 hingga 90 peratus bekalan gula negara adalah dari luar negara dan kontrak pembekalan gula dari negara pengeluar telah tamat tahun lalu, manakala kontrak baru meletakkan harga yang lebih tinggi daripada kontrak lama.

Zain berkata, pengekalan harga gula itu diambil berikutan kerajaan masih mendapat kontrak baru yang meletakkan harga agak baik walaupun berlaku kenaikan harga komoditi itu di pasaran dunia.

Bagaimanapun, menurutnya, harga kontrak itu masih tinggi berbanding kontrak lama pembekalan gula dari negara pengeluar selama tiga tahun yang berakhir tahun lalu.

"Justeru, harga gula kekal pada RM1.45 sekilogram di Semenanjung dan RM1.55 di Sabah dan Sarawak.


woi babun...hang p tanjung malim...hang p kota bharu....buta ka? pekak ka?

gula semua pakat naik 20 sen...hangpa jangan bodohkan rakyat la wei!!!!

No comments

Powered by Blogger.