satu amaran kepada parti perkauman?

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat, titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.

Tuanku Mizan bertitah, baginda dukacita kerana walaupun negara sudah 51 tahun merdeka, isu-isu perkauman sempit masih dibangitkan oleh pihak-pihak tertentu dan menjadi perdebatan umum.

Seri Paduka bertitah demikian ketika merasmikan mesyuarat Penggal Kedua Parlimen Ke-12 sebentar tadi.

BERITA TERDAHULU

Sesi Parlimen masuk tahun kedua, dirasmi pagi ini

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Sidang Parlimen selepas pilihan raya umum ke-12 masuk tahun kedua hari ini dengan dijangkakan ia akan "lebih panas" berbanding penggal lalu.

Parlimen bersidang di sebalik perkembangan krisis politik di Perak dan ketika pilihan raya kecil diadakan membabitkan kerusi Bukit Gantang.

Mesyuarat penggal kedua Parlimen ke-12 akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebentar lagi.

Mesyuarat pertama Dewan Rakyat akan berlangsung selama 19 hari bermula hari ini.

Sementara itu, mesyuarat kedua Dewan Rakyat akan bermula selama 10 hari bermula 15 Jun dan Dewan Negara selama enam hari bermula 6 Julai.

Bagi mesyuarat ketiga, Dewan Rakyat akan bersidang selama 35 hari bermula 19 Oktober dan Dewan Negara selama lapan hari bermula 9 Disember.

Bajet 2010 pula dijadualkan dibentang pada 23 Oktober.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan bajet mini pada 10 Mac ini.

Dewan Rakyat akan menerima seorang ahli Parlimen baru bagi kerusi Kuala Terengganu apabila Mohd Abdul Wahid Endut daripada PAS dijadualkan mengangkat sumpah esok.

Beliau memenangi pilihan raya kecil bagi kawasan itu pada 17 Januari lalu, sekali gus merampas kerusi Parlimen tersebut yang sebelum ini diwakili Barisan Nasional (BN).

Kerusi Parlimen tersebut sebelum ini disandang oleh Allahyarham Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia pada 28 November lalu akibat serangan jantung.

Di sebalik kemasukan anggota baru itu. kerusi Parlimen Bukit Gantang kini kosong berikutan kematian ahli Parlimennya, Roslan Shaharum daripada PAS pada 9 Februari lalu akibat serangan jantung.

Pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 7 April depan.

Dengan perkembangan itu, Dewan Rakyat kini mempunyai 221 ahli Parlimen yang terdiri daripada 139 ahli daripada BN, 82 daripada pembangkang termasuk tiga daripada Bebas.

Sementara itu, Dewan Negara kini kekurangan seorang ahli berikutan peletakan jawatan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Senator disebabkan beliau bertanding mewakili BN dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Januari lalu.

Beliau yang tewas dalam pilihan raya kecil itu telah hilang kelayakan untuk dilantik kembali menjadi Senator.

Pembukaan sesi penggal kedua ini juga bakal mencatatkan sejarah. Ia merupakan yang terakhir bagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang akan melepaskan jawatan Perdana Menteri, dijangka awal April ini.

Beberapa akta baru juga dijadual dibentangkan pada sesi kali ini termasuk yang berkaitan dengan perkhidmatan polis.

Pembangkang dijangka membawa beberapa isu semasa antara kematian suspek dalam tahanan baru-baru ini.

1 comment

Permatang said...

isu ni aku rasa tuanku nak sampai kan msg kat puak-puak umno.tapi conform malam ni tv mesti hentam PR.
boikot tv1 dgn tv3 oiii
zamani_v6@yahoo.com.my

Powered by Blogger.