jumpa najib lempar kasut: orang serawak!

Najib akan memulakan aturcara lawatannya dengan mengadakan perjumpaan bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri Sarawak di Hotel Hilton di sini pada pukul 9 pagi esok.

Beliau kemudian dijadual menghadiri istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak sempena Sambutan 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Dewan Santapan Astana, Petra Jaya, pada pukul 11.30 pagi.

Pada sebelah petang, Najib akan menghadiri majlis penyampaian bantuan kewangan di bawah Pakej Ransangan Ekonomi Negara 2009 bagi Sekolah Bantuan Kerajaan Mubaligh Negeri Sarawak dan Sabah di Dewan James Wong Kim Min, SMK St. Thomas, Kuching.

Beliau juga dijadual hadir pada majlis Pemimpin Bersama Masyarakat Bidayuh di Ibu Pejabat Dayak Bidayuh Nasional Association di Jalan Kumpang, Off Jalan Ong Tiang Swee di sini.

najib lari kat serawak la..ambik angin kot..

No comments

Powered by Blogger.