najib kat mana sekarang?

PUTRAJAYA, 11 Feb (Bernama) -- Pemimpin organisasi sektor awam patut dilengkapi dengan kualiti kepimpinan sebenar.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini bagi mengseimbangkan di antara fokus terhadap keutamaan tertentu dengan kefleksibelan, mengenai bila dan bagaimana ia dilaksanakan.

Timbalan Perdana Menteri berkata pemimpin perlu mengenal pasti objektif atau matlamat utama yang telah dirumus dengan baik, di samping menjelaskan kenapa perkara berkenaan amat penting, untuk memastikan semua orang bekerja bagi hala tuju yang sama.

Beliau berkata semasa mengemukakan cadangan, seseorang itu perlu berpegang kepada dua perkara penting iaitu:

* 'elevator speech' di mana penyelesaian sepatutnya ringkas, tepat dan jelas yang boleh diperjelaskan dalam masa 30 saat perjalanan menggunakan lif untuk mendapatkan penyelesaian yang tepat dan cepat; dan,

* Pemimpin perlu berkeupayaan untuk mendorong orang untuk mencapai sesuatu dan fokus kepada menyelesaikan masalah paling rumit daripada semua isu.

Najib berkata demikian dalam ucapannya pada majlis penutupan Persidangan Eksekutif Muda Sektor Awam 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, Rabu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tan Sri Muhyiddin Yassin.

tolong cari...tolong..tolong...hantu kopek sorok najib...tolong..ya allah makbulkan la doa tok guru!!!!

No comments

Powered by Blogger.