Kami akan kembali semula ke sini - malaysiakini


Hanya sedikit sahaja barang yang saya ada...

Menteri Besar Pakatan Rakyat DS Mohammad Nizar begitu yakin beliau dan keluarganya akan kembali semula ke kediaman rasmi Menteri Besar ini tidak berapa lama lagi.Beliau bersama keluarganya telah keluar dari kerdiaman tersebut dengan memandu keretanya sendiri.

Terima kasih kami kepada Unit Amal
yang telah memberikan khidmat kepada kami

“Kami masuk ke kediaman ini 10 tahun yang lalu tanpa membuat sebarang renovation kerana tidak mahu membazirkan duit rakyat.Tuan-tuan akan lihat nanti apabila mereka masuk kerumah ini , mereka akan lakukan pindaan sebagaimana yang sedang mereka lakukan terhadap pejabat Menteri Besar yang baru seminggu mereka kuasai,” kata Nizar.

Deretan kereta - kita lihat sejauh mana
patriotiknya Umno yang menjadikan mempersoalkan pembelian Camry

Kata Nizar, menurut peguam yang mengendalikan kesnya , beliau boleh terus tinggal di kediaman rasmi ini sampai keputusan kehakiman. Beliau secara rasmi telah keluar dari kediaman itu tengahari tadi bersama keluarganya kesebuah kediaman tidak jauh dari pusat Bandar Ipoh.

Kali ini kena pandu sendiri...
rumit sedikit cari lubang kunci..

Menurut beliau, perpindahan ini sebagai menghormati peraturan dan arahan Setiausaha Kerajaan negeri Perak dan bukan bermakna menyerah kalah.Beliau yakin akan kembali semula ke kediaman ini tidak berapa lama lagi.

Okay, kami pergi dulu...tetapi tunggu
tak lama lagi , kami akan kembali semula , insya'Allah!

“Saya akan menghadiri sebutan kali kedua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok,” kata Nizar.

Beliau memohon semakan kehakiman untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah dan bagi injunksi untuk menghalang Dr Zambry atau ejennya daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Besar.

Menurutnya lagi, beliau dan kesemua Exco Pakatan akan menjalankan tugas mereka dari pejabat Pakatan Rakyat Negeri.

No comments

Powered by Blogger.