Ketaatan kepada Allah Dan Rasul lebih utama dari raja dan segalanya
Isu Menteri Besar Perak : Adakah derhaka kerana mengikut Sunnah Nabi?
Saya siarkan komentar daripada tokasid yang menulis berikut :
Heboh satu Malaya.Hmm….heboh satu UMNO Malaya sebenarnya.Heboh tentang DS Nizar menderhaka. Itulah istilah yang pemimpin-pemimpin UMNO gunakan bagi mensifatkan DS Nizar.
Tapi betulkah DS Nizar derhaka? Aku rasa sebenarnya DS Nizar mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Dan sunnah Nabi SAW adalah lebih berharga dari titah mana-mana raja dalam dunia.Kerana sunnah Nabi SAW berlandaskan firman ALLAH Azza WA Jalla. Sedangkan titah raja mungkin terdorong oleh hanya akal atau perasaan atau nafsu.
Mengikuti sunnah Nabi SAW ,InsyaALLAh akan mendapat syafaat baginda di akhirat nanti. Ikut titah raja belum tentu lagi…..
Keenganan DS Nizar meletak jawatan bila di titahkan oleh raja adalah seperti sabda Nabi SAW kepada sahabat besar Uthman bin Affan r.a. iaitu:-
hadithuthman
“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]
Jadi, adakah derhaka jika seorang pemimpin Muslim mengikut sunnah Nabi SAW?
No comments
Post a Comment